Bismillahi Rahmani Rahim.
Alhamdulillah ditinggikan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda, seluruh sahabat dan ikutan, serta seluruh ummat Islam.
Alhamdulillah, pada minggu lepas, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dengan kerjasama Sinar Harian serta The Red Warriors kawasan Paka, turun ke Felda Kerteh 6, bagi melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengadakan sesi gotong royong beramai-ramai di masjid dan mengadakan sesi rawatan Islam secara percuma.
Alhamdulillah dengan izin Allah swt. sambutan oleh masyarakat Felda Kerteh 6 amat menggalakkan khususnya, dan masyarakat Terengganu amnya. Ada juga pesakit yang datang dari luar Terengganu termasuk Pahang dan juga dari Kuala Lumpur.
Rentetan daripada sambutan di luar jangkaan itu, sekali lagi Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan susulan. Ini kerana ada pesakit yang tidak dapat mendapat rawatan pada hari sebelum ini, ada yang mengalami sakit keturunan (saka) yang memerlukan rawatan susulan dan sebagainya. Tujuang susulan ini diadakan adalah untuk menjamin setiap pesakit yang datang mendapatkan rawatan benar-benar sembuh. Insya Allah.
Oleh yang demikian, rawatan susulan akan diadakan seperti mana berikut :
TARIKH : 5 JULAI 2013 (JUMAAT)
MASA : 3.00 PM (selepas solat Jumaat)
TEMPAT: SEK. REN. AGAMA KERTEH 6.
Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan pada hari dan tarikh di atas, hendaklah sms nama dan alamat kepada 013-9609268 atau 019-4601205. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di atas.
sekian
Admin at-tobibi
"Berbakti Untuk Keharmonian Ummah"
No comments:
Post a Comment