Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Wednesday 31 July 2013

Program Sinar Ramadhan Bersama Anak-Anak Yatim...

" Ihya Ramadhan Sinar Harian Bersama Pusat Rawatan Islam At-Tobibi"

Kehadiran Syawal yang tidak lama lagi menjelang tiba begitu bermakna buat anak-anak yatim dan golongan miskin apabila menerima sumbangan kelengkapan hari raya dalam program Ihya Ramadhan Sinar Harian, kelmarin.

Program anjuran Sinar Harian tersebut turut mendapat sumbangan daripada Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, dan beberapa syarikat dan pertubuhan lain yang turut memberi sumbangan langsung bagi menjayakan program tersebut.

 Ustaz Shamsuri (kiri) mencuba pakaian kepada seorang peserta program Ihya Ramadhan Sinar Harian


 Kanak-kanak begitu gembira apabila dilayan sendiri oleh pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Ustaz Shamsuri Safie semasa sesi memilih pakaian raya Aidil Fitri..


Berita penuh Program Ihya' Ramadhan Sinar Harian bersama anak-anak yatim dan miskin di akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan (31 Julai 2013)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program bersama Pusat Rawatan Islam At-Tobibi. Semoga jasa dan sumbang bakti kalian diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t. Semoga kita sentiasa bersama lagi di lain-lain program.

Sekian Terima Kasih.

"erti hidup dalam berbudi"

Admin
Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

Susulan Berita " Rumah Tiada Tandas.." Menarik Perhatian Pusat Rawatan Islam At-Tobibi...

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi rahmat dan inayah-Nya yang tidak terhingga. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan, Muhammad b. Abdullah, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Alhamdulillah di kesempatan yang ada, pihak pusat Rawatan Islam At-Tobibi mengambil peluang di bulan yang penuh dengan kemuliaan untuk mengadakan sumbang bakti kepada mereka yang memerlukan. Tertarik dengan berita yang disiarkan dalam akbar Sinar Harian (28 Julai 2013)  http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/buang-air-dalam-semak-1.187473 telah menarik perhatian pusat rawatn untuk membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Akbar Sinar Harian dan beberapa NGO lain turut serta bagi menjayakan program amal bagi meringankan beban mereka yang memerlukan di bulan yang penuh barakah ini. 

 Keadaan kediaman Abdullah


 Ustaz Shamsuri (kanan) berbincangn sesuatu dengan tuan rumah, Abdullah (tengah) bersama Timbalan Pengarah Urusan Karang Kraf, Hj Nasir


 Keadaan dapur rumah yang menunggu masa untuk runtuh...


 Ustaz Shamsuri memberi sedikit sumbangan kewangan untuk membantu meringankan beban di saat hari raya aidil Fitri yang hampir tiba...


 Sumbangan turut diberikan daripada beberapa NGO di Negeri Kelantan..


 Bersalaman sebelum berpisah...



Insya Allah, pihak Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan program yang berbentuk sumbang bakti kepada mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa. Sumbangan koperat ini bertujuan untuk menjadikan pusat rawatan bukan sahaja membantu masyarakat dalam bidang perubatan sahaja, malah turut membantu meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh masyarakat di luar sana. Sekiranya ada pihak yang ingin mengadakan kerjasama dengan pusat Rawatan Islam At-Tobibi boleh hubungi pihak kami di talian 013-9609268 (ustaz Shamsuri) atau email at_tobibi@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih

Tuesday 30 July 2013

Rumah Tiada Tandas...

Buang air dalam semak

  • Aminah bersama cucu dan anaknya, Rozali hanya mampu memasang angan-angan memiliki rumah lebih selesa kerana kesempitan hidup



PASIR MAS - Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, itulah situasi dilalui tujuh sekeluarga dari Kampung Aur China, di sini.

Kesempitan hidup dilalui pasangan Aminah Mohzin, 60, serta suaminya, Abdullah Yaacob, 56, turut dikongsi anak lelakinya, Rozali Mohd Nawi, 38, dan isteri serta tiga anak berusia antara tiga hingga lima tahun.

Aminah berkata, suaminya yang bekerja kampung tidak mempunyai pendapatan tetap, manakala anak lelakinya hanya mengambil upah memetik kelapa untuk menyara mereka sekeluarga.

“Pendapatan mereka berdua hanya cukup untuk perbelanjaan harian dan membeli keperluan cucu-cucu saya.

“Disebabkan itulah rumah yang kami diami sejak berpuluh tahun ini tidak dibaiki dengan baik, walaupun bumbung serta lantainya sudah reput dan menunggu masa menyembah bumi,” katanya semalam.

Menurutnya, bukan itu sahaja, mereka tidak mampu membina tandas sehingga terpaksa membuang air di dalam semak berhampiran kawasan rumah.

Aminah berkata, walaupun tindakan tersebut memalukan, namun mereka sekeluarga tidak mempunyai pilihan selain berbuat demikian.

Dia berkata, kekangan kewangan dihadapi keluarganya menyebabkan mereka gagal menyediakan kemudahan tersebut.

“Setiap kali ribut atau hujan lebat perasaan takut menyelubungi kami sekeluarga apabila memikir keadaan fizikal rumah yang sudah uzur serta bumbung yang banyak bocor.

“Kadang-kadang saya dan suami hanya mampu memasang angan-angan memiliki rumah yang lebih selesa buat kami semua.

“Lebih-lebih lagi apabila terkenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil terpaksa membesar dalam keadaan serba kekurangan,” katanya.

Aminah berkata, mereka malu untuk meminta bantuan namun disebabkan tiada pilihan mereka terpaksa berbuat demikian.

“Saya harap ada pihak yang sudi membantu nasib kami sekeluarga,” katanya.

Thursday 11 July 2013

PENUNDAAN TARIKH RAWATAN DI NILAI....

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita meneruskan kehidupan di dunia ini dalam meneruskan perjalanan menuju ke akhirat. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Pertama sekali, pihak Pusat Rawatan Islam At-Tobibi mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan yang mulia dan Selamat Berpuasa kepada semua yang berurusan secara langsung atau pun tidak langsung dengan pihak kami. Semoga kedatangan bulan yang mulia ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Insya Allah.

Yang kedua, penundaan tarikh rawatan di Nilai pada 13 Julai  2013 (Sabtu) kepada tarikh yang akan diumumkan suatu masa nanti. Oleh yang demikian, rawatan pada 13 Julai 2013 ini dibatalkan atas urusan  rasmi yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan dengan itu, kami warga kerja Pusat Rawatan Islam At-Tobibi memohon jutaan kemaafan kepada semua yang ingin mendapatkan rawatan pada hari dan tarikh tersebut. 

Sekian,

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"

Admin At-tobibi

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.