Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Monday 19 December 2011

Rawatan Terbuka (Walk-in rawatan) Di Tunda...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, pertama sekali kami memohon jutaan kemaafan kerana terpaksa menangguh rawatan terbuka (walk-in rawatan) yang akan pada 24 Disember 2011 ini  kepada tarikh seperti mana berikut :

                Tarikh    :  14 Januari 2012
                Tempat  :  Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai, Negeri 9
                Masa     :  9.00 am - 5.00 pm

Kami seluruh warga Team At-Tobibi memohon maaf kerana terpaksa menangguh sesi rawatan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kepada mereka yang sudah membuat temu janji atau yang belum, bolehlah datang pada tarikh dan masa seperti mana di atas.

Sekian maklum

Admin At-Tobibi.

Susuk hanyalah sihir mata

Kosmo 15 Disember 2011

Kemaluan bernanah
Seorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita.
"Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun.
"Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan," katanya.
Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.







Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir.
"Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah.
"Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut," ujarnya.
Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai.
"Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain.
"Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun," katanya.
Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi.
Admin.

Wednesday 7 December 2011

Rawatan Terdekat..

بسم الله الرحمن الرحبم

Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurnia serta rahmat-Nya dapat lagi kita meneruskan hidup ini dalam mencari keredhaan dari-Nya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah dan insya Allah, Pusat Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan Islam dalam masa terdekat seperti mana berikut :

                                 Tarikh   : 10 Disember 2011
                                 Tempat : Pusat Rawatan At-Tobibi Nilai,
                                               Nilai,Negeri Sembilan
                                 Masa    : 9.00 am - 5.00 pm
              


                                 Tarikh   : 11 Disember 2011
                                 Tempat : Pusat Rawatan Manjung
                                               Manjung, Perak
                                 Masa    : 9.00 am - 5.00 pm

Kepada mereka yang ingin mendapatkan khidmat rawatan, diharapkan datang lebih awal kerana sesi rawatan adalah terhad. Anda juga dinasihatkan terlebih dahulu membuat temu janji (appointment) untuk memudahkan kami memberi khidmat rawatan yang terbaik nanti, Insya Allah.

Sekian.

Admin

Monday 14 November 2011

Nampak makhluk hodoh

Kosmo 13 November 2011
Oleh SYALMIZI HAMID


INTAN merasakan ada yang tidak kena dengan tubuhnya ketika mendaftar masuk ke sebuah universiti di Kelantan pada Jun tahun lalu.
Badannya terasa panas dan pedih seolah-olah dicucuk jarum.
Tetapi dia masih boleh berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Intan tidak mahu ibu bapanya risau memikirkan penyakitnya apatah lagi itu merupakan kali pertama dia tinggal berasingan daripada keluarga.
“Hanya Tuhan yang tahu betapa azabnya saya rasa,” kenang Intan, 19.
Menurut Intan, dia melalui hari-hari yang gelisah sepanjang berada di situ. Tetapi demi untuk mendapatkan segulung diploma dalam bidang perakaunan, dia menggagahkan diri melawan kesakitan.
Saban hari wajah-wajah aneh dan menakutkan mengganggunya. Bila tiba waktu Maghrib pula, tubuhnya berasa seperti dibakar di dalam ketuhar.
“Pada mulanya saya takut melihat mahkluk hodoh itu kerana ia bukan dalam mimpi sebaliknya di alam nyata. Tapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan buat tidak tahu sahaja.
“Saya pernah nampak macam-macam makhluk. Ada yang matanya terkeluar serta berbulu lebat dan ada yang seperti nenek kebayan,” cerita Intan.
Tambah Intan, dia juga biasa melihat makhluk berlidah panjang dan berbadan besar.
Sudahlah tidurnya asyik bertemankan mimpi hantu, Intan juga mengalami muntah darah hampir setiap hari. Dia menggambarkan darah itu merah pekat dan masih segar.
Sakit
Selain itu, kitaran haidnya terganggu teruk. Jika sebelum ini dia mengalami haid selama kira-kira tujuh hari dalam sebulan, kini darah kotor itu keluar melalui kemaluannya setiap hari sejak empat minggu lalu.
Menurut Intan, setelah puas berulang-alik ke hospital dia dibawa bertemu pengamal perubatan tradisional.
“Saya diberitahu saya sebenarnya terkena santau,” ujarnya yang ditemui sebaik sahaja dia selesai menjalani rawatan di Pusat Perubatan Islam At-Tobibi di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Dalam rawatan selama hampir sejam itu, mulut Intan sentiasa mengungkapkan perkataan ‘sakit’ setiap kali belakangnya ditepuk oleh pengamal perubatan, Shamsuri Shafie.
Intan turut memuntahkan lendir putih yang didakwa Shamsuri merupakan abu mayat. Santau itu dikatakan dihantar oleh seseorang kepada Intan menggunakan sihir.
Dalam kebanyakan kes, santau sering dikaitkan dengan perasaan hasad dengki atau perbuatan balas dendam.
Namun menurut Intan, dia tidak pernah mempunyai musuh sebelum ini. Kehidupannya di asrama sekolah adalah sama seperti pelajar-pelajar lain.
Sekadar gambar hiasan
Dia bahkan sering dijadikan rujukan oleh kawan-kawannya yang bertanyakan soalan berkaitan mata pelajaran Perakaunan dan Bahasa Inggeris.
Mengenang kembali saat belajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan, Intan berkata dia disenangi rakan-rakan lain.
Bagaimanapun, ujar Intan, guru yang mengajar subjek Perakauan di sekolah itu seperti tidak menyukainya walaupun Perakaunan merupakan mata pelajaran kegemaran Intan.
“Saya terkejut kerana guru itu pernah memberikan markah 0 untuk kertas peperiksaan Perakaunan saya semasa di tingkatan lima,” dakwa Intan yang keliru dengan tindak-tanduk guru wanita terbabit.
Masih tengiang-ngiang di telinga Intan kata-kata guru itu yang dianggapnya tidak wajar sama sekali.
Meskipun begitu, Intan tidak patah semangat. Dia tekun menelaah mata pelajaran itu walaupun tiada langsung kata semangat diberikan oleh gurunya.
“Syukur saya akhirnya memperoleh A1 untuk Perakaunan,” ujar Intan yang mendapat keputusan 5A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didudukinya dua tahun lalu.
Malangnya, Intan cuma sempat belajar selama beberapa bulan di universiti itu.
Kata Intan, penyakit misteri itu menghalangnya daripada meneruskan pengajian. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal dengan kakaknya di Putrajaya dan bekerja sebagai guru tadika di sana.
Baru dua bulan bekerja, Intan terpaksa berhenti kerja disebabkan masalah yang sama berulang lagi.
“Saya terima sahaja kesakitan ini kerana ia berlaku atas keizinan Allah juga. Mungkin ia satu ujian daripada-Nya tetapi saya tidak akan berhenti berubat kerana tidak sanggup menanggung penyakit ini seumur hidup,” tuturnya.
Shamsuri yang melakukan rawatan ke atas Intan berkata, gadis itu telah terkena santau berdasarkan tanda-tanda yang dialaminya tetapi amat sukar untuk mengetahui siapa yang menghantar sihir itu.
“Santau atau ada juga yang memanggilnya ilmu tuju-tuju tidak dilakukan secara berhadapan sebaliknya dihantar secara rahsia seperti melalui makanan dan angin.
“Intan mengalami santau angin berdasarkan muntah abu mayat yang dikeluarkannya. Santau tersebut memasuki badannya mengikut angin yang bertiup,” terang beliau.
Tambah Shamsuri, santau angin akan berlegar-legar di sekitar mangsa dalam tempoh tiga bulan sebelum meresap ke dalam badan mangsa.
Admin At-Tobibi


Tuesday 1 November 2011

Diana waris saka harimau

Berita Kosmo // 30 November 2011.


"DIA aku punya. Aku jaga dia selama ni, bukan kau. Kau buat apa pun aku tak akan keluar dari badan budak ini." Inilah kata-kata yang keluar dari mulut Diana semasa dirawat oleh Ustaz Shamsuri Safie, Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.
BIARPUN tujuh orang lelaki memegang erat badan Diana, dia tetap dapat meronta untuk melepaskan diri.

Diana yang mewarisi saka harimau daripada keluarganya sedang dirawat oleh Ustaz Shamsuri Safie di Pusat Rawatan Islam At-Tobibi di Nilai.

Tuesday 20 September 2011

Cawangan Baru Kini Dibuka...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt di atas kurniaan nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, para ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat-sahabat yang berjuang menegakkan Islam.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada seluruh warga Pusat Rawatan At-Tobibi kerana dengan rasminya satu lagi Pusat Rawatan Islam At-Tobibi berjaya dibuka di Perak. Pembukaan pusat rawatan baru ini yang beroperasi seperti alamat berikut:

PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI
2530A TINGKAT ATAS TAMAN SAMUDERA,
32040 SERI MANJUNG PERAK

Waktu Operasi : Khamis 
Masa : 10 pagi

Pembukaan cawangan baru ini merupakan hasil usaha pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi sendiri iaitu Ustaz Shasuri Shafie. Pembukaan cawangan baru di Perak ini sekaligus memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah kesihatan akibat daripada gangguan jin dan makhluk halus. Kemudahan ini membuktikan bahawa, Pusat Rawatan Islam at-Tobibi kini telah diterima umum khususnya penduduk di Perak.

Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang mengalami masalah kesihatan akibat gangguan makhluk halus ini, bolehlah datang terus ke pusat rawatan seperti di alamat di atas atau boleh hubungi Ustaz Shamsuri (013-9609268/013-28988296), atau Encik Amiruddin (014-3476934), atau Encik Harun (0125211219) atau pejabat (05-6882858).

 Sekian
 Admin At-Tobibi

Wednesday 14 September 2011

Ira disihir guna gambar dalam FB

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.


NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka. "Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur. "Kami tidak mengenali antara satu sama lain. "Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya. Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

 -Admin At-Tobibi-

Friday 8 July 2011

Pusat Rawatan Islam At-Tobibi


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt dengan sebanyak-banyak syukur kepada-Nya, selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw., para ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh ikutan.

Pusat Rawatan At-Tobibi, merupakan pusat rawatan Islam yang menggunakan sepenuhnya ayat-ayat suci Al-Quran sebagai asas perubatannya. Diasaskan oleh Ustaz Shamsuri B. Shafie yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam semenjak tahun 2005 lagi. Pusat rawatan Islam At-Tobibi ini bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dan rawatan bagi penyakit yang berpunca daripada makhluk halus dan jin.

Seperti mana yang diketahui umum, bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya, dan sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat suci Al-Quran. Firman Allah swt:



"Dan Kami (Allah swt) turunkah daripada Al-Quran itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, dan tidak bagi orang yang zalim itu melainkan kerugian."
 (surah Al-Isra' ayat ke 82)


Bertepatan dengan perintah Allah swt untuk mencari perubatan dan penyembuhan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran inilah, kami di Pusat Rawatan At-Tobibi memainkan peranan penting untuk membantu orang ramai dalam usaha untuk mencari penyembuh dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Kami tidak menggunakan perkhidmatan khadam, jin, bunian malah syaitan sebagai pembantu dalam setiap proses rawatan kami. Apa yang kami usahakan ialah mengharapkan pertolongan daripada Allah swt semata-mata. Oleh itu, dalam setiap perubatan yang kami jalankan, kami sentiasa memastikan setiap tindak tanduk kami sentiasa di bawah rahmat Allah swt agar pertolongan Allah swt sentiasa diperolehi.

Oleh itu, kepada orang ramai yang mengalami sebarang masalah, sakit atau apa sahaja yang berkaitan dengan angkara makhluk halus, bolehlah membuat temu janji dengan menghubungi pihak kami atau terus datang ke Pusat Rawatan At-Tobibi sepertimana alamat di halaman hubungi kami di sebelah.

Sebarang cadangan penambah baikkan dialu-alukan demi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian pihak kami.

Sekian terima kasih.


BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.