Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Sunday 15 September 2013

Sumbangan Koperat Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Dengan Kerja sama Beberapa NGO Lain.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt. kerana dengan limpah kurnia hidayah dan rahmat-Nya yang tidak terhingga kepada kita. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat serta guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar. Tidak lupa juga buat kedua ibu bapa dan seluruh ahli gerak kerja Pusat Rawatan At-Tobibi.

Alhamdulillah, untuk tahun 2012 dan 2013, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi berjaya menjadikan sebuah badan bukan kerajaan NGO yang tampil memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Bukan sahaja sumbangan di dalam bidang rawatan, malah sumbangan kepada keperluan hidup bagi meringankan beban mereka yang teramat memerlukan.

Antara mereka yang mendapat sumbangan termasuklah fakir miskin, anak-anak yatim, orang-orang tua, pelajar-pelajar dan pihak-pihak yang teramat memerlukan.


Tahun 2012 : Sumbangan beras dan keperluan kepada penduduk kampung Bilal Talib, Pulai Chondong, Machang Kelantan.

Ustaz Shamsuri menyampaikan beras kepada salah seorang penduduk Bilal Talib menerusi sumbangan koperat Pusat Rawatan At-Tobibi


Turut menyampaikan Adun Pulai Chondong, Hj Zulkifli Bin Mamat.


Tahun 2012 : Pembinaan Surau, Bagi Mengantikan Surau Lama di Pulai Chondong, Machang Kelantan.


Jentolak digunakan bagi meruntuhkan surau lama untuk digantikan dengan surau baru. Keseluruhan pembinaan surau ditanggung oleh Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

Kerja-kerja pembinaan surau giat dilakukan.
Alhamdulillah, surau ini siap dibina sepenuhnya pada bulan Ramadhan tahun 2012 dan selamat digunakan untuk penduduk kampung melaksanakan solat fardu, solat tarawih dan solat hari raya.


Bagi tahun ini, 2013, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi meningkatkan lagi usaha untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan demi melihat mereka turut sama-sama bergembira.


Tahun 2013: Sumbangan Ihya' Ramadhan Bersama Sinar Harian.

Ustaz Shamsuri Bersama Team At-Tobibi diiringi Pengurus Sinar Harian Cawangan Kelantan, meraikan anak-anak yatim dan miskin menerusi program Ihya' Ramadhan.



Ustaz Shamsuri Mencuba baju raya kepada salah seorang kanak-kanak yang mengikuti program Ihya' Ramadhan sinar Harian. Turut memerhatikan, Pengurus Sinar Harian Kelantan, Pn. Surena.




Tahun 2013 : Sumbangan kepada keluarga kanak-kanak istimewa yang lahir dalam keadaan "khunsa" (mempunyai dua alat kelamin). Sumbangan bagi meringankan beban kanak-kanak tersebut menjalankan pembedahan alat kelaminnya.


Ustaz Shamsuri menyampaikan sumbangan kewangan dan beberapa produk At-Tobibi.



Tahun 2013: Membantu salah seorang yang mengalami masalah mental sempena kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.


Ustaz Shamsuri menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang warga emas yang mengalami masalah mental sempena kedatangan Hari Raya Aidil fitri yang hampir tiba.


Tahun 2013: Sumbangan membaikpulih rumah di Pasir Mas, Kelantan.


Ustaz Shamsuri berada dihadapan rumah yang akan dibaik pulih. Turut hadir Timbalan Pengarah Kumpulan Karangkraf, En.Nasir (dua dari kiri) dan Pengurus Sinar Harian Kelantan, Pn.Surena.


Ustaz Shamsuri menyampaikan sumbangan kewangan dan barang keperluan bagi membantu pemilik rumah untuk membaiki keadaan rumah yang serba keuzuran. Turut memerhatikan, Timbalan Pengarah Kumpulan Karangkraf, En. Nasir.


Sehingga bulan Ogos 2013, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pusat Rawatan Islam At-Tobibi bagi membantu meringakan beban mereka yang sangat memerlukan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang turut sama membantu bersama-sama pusat Rawatan Islam At-Tobibi sama ada secara langsung atau pun tidak langsung bagi membantu menjalan aktiviti amal ini. Semoga Allah swt. memberkati dan membalas segala jasa baik kalian.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan atau ingin mewakilkan kepada pusat Rawatan Islam At-Tobibi untuk turut sama-sama membantu mereka yang memerlukan, bolehlah menyalurkan kepada akaun Pusat Rawatan Islam At-Tobibi sepertimana berikut:

AKAUN BANK ISLAM

14069010022407

ATAS NAMA PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI


Sumbangan anda amat memerlukan bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Ingatlah, sebaik-baik pelaburan ialah SAHAM AKHIRAT yang terus berkekalan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Akhir kata, apa yang baik itu daripada Allah swt, dan yang lemah dan kurang itu daripada pihak kami. Semoga Allah swt memberkati segala kerja buat kita semua dan membalas setiap kebaikkan dengan kebaikkan yang berlimpah. Kerana Allah swt jualah sebaik-baik pembalas.

Sekian.

"Membantu Demi Kesempurnaan Ummah"

No comments:

Post a Comment

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.