Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Tuesday 17 July 2012

SIHIR MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM.


Assalamualaikum wbt,

بسم  االله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana diberi kesempatan untuk meneruskan hidup hingga ke saat ini di sampaing diberi kekuatan dan nikmat kesihatan yang tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw. para ahli keluarga baginda dan seluruh para solihin.

Alhamdulillah, di kesempatan kali ini, kami menjelaskan kepada pembaca berkenaan dengan sihir dan tanda-tandanya. Dalam kecanggihan teknologi hari ini, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita. Dan kebiasaan sihir berlaku hampir 99 peratus adalah dari kalangan orang yang dikenali, sama ada ahli keluarga, jiran, sahabat, dan orang yang pernah berinteraksi dengan kita. Oleh itu, berhati-hati dengan sesiapa sahaja dengan orang di sekeliling kita kerana kejahatan sihir mampu mengganggu kesempurnaan hidup kita.

Dalil Tentang Adanya Sihir

  Surah al-Baqarah ayat 102

“ Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan kepada Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mempunyai kerajaan sihir, sedangkan Sualaiman itu tidak kafir) tidak mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yakni Harut dan Marut, sedangkan kedua-duanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu) kerana itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengannya mereka dapat  menceraikan suami isteri. Dan mereka itulah (ahli sihir) tidak memberi kemudharatan dengan sihir tersebut kepada seseorang pun melaiknkan dengan izin Allah swt. Dan mereka itu mempelajari sesuatu yang memberi kemudharatan kepada diri mereka dan tidak memberi sebarang manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa sesiapa yang menukarkan (kitab Allah) dengan sihir itu,tiada baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka itu menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahuinya.”

Tanda-Tanda Terkena Sihir:

1. Sihir Pemisah.

Tujuan untuk menceraikan suami isteri atau untuk menimbulkan permusuhan antara dua orang sahabat atau rakan kongsi.

Tanda-tanda sihir pemisah:

1. Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
2. Berlaku keraguan antara suami isteri.
3. Enggan meminta maaf.
4. Membesar-besarkan perselisihan walaupun puncanya adalah kecil.
5.  Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. Sehingga suami melihat isterinya itu sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya sangat cantik.
6. Membenci setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya.
7. Suami dan isteri sering bergaduh apabila mereka tinggal bersama di rumah tetapi kelihatan seperti biasa apabila mereka berada di luar rumah.

2. Guna-guna atau sihir percintaan.

Tujuan sihir guna-guna adalah untuk membuatkan seseorang terus mencintainya.

Tanda-tanda sihir guna-guna atau sihir percintaan:
1.      Perasaan cinta yang keterlaluan.
2.      Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual.
3.      Sukar mengawal perasaan cinta.
4.      Rindu bayangan yang berlebihan.
5.      Patuh secara membuta tuli.

3. Sihir memperdayakan pandangan (Hipnosis)

Tanda-tanda sihir hypnosis:

1.      Mereka yang melihat objek yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
2.      Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
3.      Melihat sesuatu tidak sebagaimana bentuk asalnya.

4. Sihir yang membuatkan gila.

Tanda-tanda sihir gila:

1.      Bingung dan mudah lupakan sesuatu.
2.      Meracau dalam perbicaraan.
3.      Mata menjadi layu.
4.      Tidak boleh tenang di satu-satu tempat.
5.      Tidak boleh memberi tumpuan dalam melakukan pekerjaan.
6.      Tidak mengambil berat tentang penampilan.
7.      Sampai ke satu peringkat berjalan tidak tahu ke arah mana dan tanpa tujuan serta tidur ditempat sunyi.

5. Sihir membuatkan seseorang tidak bermaya.

Tanda-tanda terkena sihir tidak bermaya:

1. Suka berseorangan.
2. Diam.
3. Tidak suka majlis pertemuan.
4. Fikiran meracau.
5. Selalu pening.
6. Selalu lesu dan tidak bermaya.
7. Menutup diri sepenuhnya.


6. Sihir mendengar panggilan.

Tanda-tanda sihir mendengar panggilan:
1.      Selalu mengalami mimpi ngeri.
2.      Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
3.      Selalu was-was.
4.      Mendengar orang bercakap dengannya dalam keadaan jaga.
5.      Selalu meragui teman atau orang yang dicintainya.
6.      Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang tinggi.
7.      Mimpi haiwan ganas mengejarnya.


7. Sihir membuat penyakit.

Tanda-tanda sihir membuatkan penyakit:

1.      Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
2.      Sarat tersumbat.
3.      Lumpuh salah satu anggota badan.
4.      Pancaindera yang tidak berfungsi dengan baik.
5.      Lumpuh menyeluruh.


8. Sihir menahan pernikahan.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan.

1.      Pening kepala yang berterusan dan tidak berhenti walaupun telah mengambil ubat dari doctor.
2.      Sesak dada terutamanya setelah asar hingga ke malam.
3.      Melihat pelamar sangat hodoh.
4.      Banyak berfikir yang bukan-bukan.
5.      Selalu gelisah waktu malam.
6.      Selalu rasa sakit perut.
7.      Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


9. Santau.

Tanda-tanda terkena sihir santau.

1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat. Kadang kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat jumaat.
4. Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib.
5.      Lenguh seluruh anggota badan.
6.      Kuku menjadi hitam dan nafas berbau busuk.
7.      Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
8.      Mimpi bahan-bahan yang miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
9.      Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10.  Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
11.  Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.


10. Saka

Tanda-tanda seseorang yang mempunyai saka.

1.      Susah tidur pada waktu malam, tidak boleh tidur kecuali bersusah payah.
2.      Sering terjaga pada waktu malam dalam ketiadaan cemas dan takut.
3.      Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit  meminta pertolongan, malangnya tiada siapa yang mendengarnya, biasanya terjadi dalam keadaan kena tindih.
4.      Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
5.      Mimpi melihat binatang seperti kucing, unta, tikus dan sebagainya.
6.      Bungi gigi belaga ketika tidur.
7.      Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
8.      Berdiri dan berjalan ketika tidur.
9.      Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
10.  Mimpi berada di kawasan kotor atau di kawasan perkuburan.
11.  Bermimpi berada ditempat yang sunyi.
12.  Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa aneh.
13.  Mimpi melihat makhluk halus yang menakutkan atau hantu.
14.  Mimpi melihat budak kecil, berjaga-jaga atau mimpi menyusukan budak kecil.
15.  Selalu pening, para pengalam perubatan moden tidak dapat mengesan sebarang penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
16.  Selalu lalai daripada mengingati Allah swt.
17.  Hilang ingatan dan mungkin juga menjadi gila. Gila adalah berpunca daripada jin.
18.  Sering lesu dan malas.
19.  Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
20.  Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
21.  Lenguh di sendi-sendi utama.
22.  Melihat sesuatu yang pelik semasa sedar.
23.  Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati yang dikenali sebagai kanser.
24.  Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak di batu atau telur.
25.  Mudah penik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.


 Sekian, 

Admin At-Tobibi.

Thursday 12 July 2012

Penangguhan Rawatan Sepanjang Bulan Ramadhan.


Assalamualaikum wbt,

بسم  االله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt atas limpah kurnia dan inayah-Nya. Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw. ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Pertama sekali, pihak At-Tobibi memaklumkan bahawa rawatan sepanjang bulan Ramadhan adalah ditangguhkan. Oleh yang demikian, rawatan untuk kali terakhir sebelum menjelangnya Ramadhan ialah seperti mana berikut:

Tarikh : 14 Julai 2012 (sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam Manjung, Perak
Masa : Jam 9.30 am - 5.00pm

Oleh itu, sebarang berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan yang telah dikeluarkan sepanjang bulan Ramadhan terbatal dengan sendiri. Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang mempunyai masalah dan ingin berhubung dengan ustaz Shamsuri, anda boleh menghubunginya untuk mendapat khidmat nasihat dan sebagainya. 

Sekian, Terima Kasih.

Admin At-Tobibi

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.