Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Monday, 24 June 2013

RAWATAN DI TERENGGANU....(30 tahun derita sakit misteri)

WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Jun 2013

30 tahun derita sakit misteri
Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Ustaz Sahamsuri Shafie (kiri) sedang merawat kanak-kanak sempena program khidmat sosial bersama Sinar Harian di Masjid Felda Kerteh 6, pagi semalam.

DUNGUN – “Ini mungkin kali terakhir makcik jumpa pengamal perubatan untuk anak,” luah Che Mas Jusoh, 58, penduduk Felda yang menyertai program khidmat sosial bersama Sinar Harian dan Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dekat sini, pagi semalam.

Che Mas berkata, anak perempuannya, Wan Masdiah Wan Razali, 33, sudah lebih 30 tahun menghidapi penyakit misteri.

Katanya, anak gadisnya itu menderita sakit sejak berumur 14 tahun dan sehingga kini dia masih belum menemui penawarnya biarpun sudah lebih 200 pengamal perubatan tradisional ditemui.

“Sebut sahaja di mana ada bomoh, makcik akan pergi, cuma Sabah Sarawak sahaja yang belum sampai.

"Namun keadaannya tetap sama sehinggalah makcik baca surat khabar mengatakan ada kaedah rawatan tradisional di sini,” katanya yang tinggal di Felda Kerteh 6.

Menurut Che Mas, sejak anaknya jatuh sakit, dia membelanjakan hampir kesemua wang simpanannya untuk mengubati anak gadisnya itu.

“Kali ini makcik pasrah pada Tuhan dan berdoa biarlah dia menemui penawarnya," katanya yang turut ditemani suami, Wan Razali Wan Omar, 62.

Khatijah Hamzah, 63, pula menyifatkan usaha Sinar Harian membawa pengamal perubatan Islam itu ke kawasan tanah rancangan Felda amat dihargai.

Dia yang turut membawa anak perempuannya, Marini Mahdi, 32, yang berpenyakit misteri sejak berusia 6 tahun berharap agar kaedah rawatan itu dapat menyelesaikan masalah yang menimpa.

“Sepanjang lebih 30 tahun tinggal di kawasan Felda, inilah kali pertama pengamal perubatan Islam datang ke sini.

“Jadi makcik tak lepaskan peluang ini untuk mencuba nasib, yang penting kita berikhtiar," katanya.

Sinar Harian dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam At-Tobibi mengadakan program khidmat sosial merawat pelbagai jenis penyakit di Masjid Felda Kerteh Enam, dekat sini, pagi semalam.

Kira-kira 200 penduduk, kebanyakannya adalah masyarakat peneroka hadir untuk mencuba kaedah tradisional itu.

-Admin Attobibi

No comments:

Post a Comment

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.