Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Saturday 22 September 2012

Team At-Tobibi menghadapi "Api Misteri"....

Assalamualaikum wbt.


بسم  االله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, dipanjantkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana limpah kurniaan dan Rahmat-Nya yang tidak terhitung oleh mana-mana kalkulator kehidupan. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw., ahli keluarga dan seluruh sahabat serta ummat Islam.Alhamdulillah, pihak Team At-Tobibi sekali lagi dalam inisiatif berbakti kepada sesiapa yang mengalami kesulitan telah berkunjung ke rumah Zainab Othman, atau lebih dikenali dengan keluarga yang mengalami "Api Misteri". Kunjungan pihak Team At-Tobibi ke rumah keluarga berkenaan adalah untuk membantu memulihkan keadaan rumah yang dikatakan telah diganggu oleh jin dan telah membakar hampir 70 peratus barangan atas rumah yang didiami oleh Zainab sekeluarga.






 Keadaan rumah Zainab Othman yang dikatakan dibakar oleh "api misteri"




Al-Quran juga turut dibakar


Kunjungan Team At-Tobibi seraamai 15 orang bermula dengan sebahagian berkumpul di rumah Ustaz Shamsuri Safie (pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi) kemudian menunaikan solat hajat memohon pertolongan dari Allah swt untuk membantu keluarga Zainab, selebihnya berkumpul di pejabat Utusan Malaysia cawangan Kelantan.

Setibanya di perkarangan tempat kejadian (rumah Zainab Othman), bacaan doa diimami oleh Ustaz Shamsuri sebelum memulakan proses rawatan. Rawatan bermula dengan meminta kebenaran daripada keluarga berkenaan untuk mengadakan sesi rawatan. Setelah kebenaran diberikan, pihak At-Tobibi meminta agar seluruh ahli keluarga berkenaan diberi rawatan terlebih dahulu sebelum proses rawatan ke atas rumah berkenaan.


Ahli keluarga di "scan" untuk mengetahui sama ada gangguan turut melibatkan diri mereka


Walau bagaimana pun, pihak Team At-Tobibi mendapati tiada sebarang gangguan ke atas ahli keluarga berkenaan dan gangguan hanya berlaku ke atas harta milik ahli keluarga itu sahaja.

Kami diceritakan pada hari yang sama telah berlaku beberapa kebakaran di rumah berkenaan dan yang terbaru ialah kebakaran berlaku semasa kunjungan dari menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sepanjang proses rawatan dijalankan oleh pihak Team At-Tobibi, tiada sebarang kebakaran berlaku. Namun pada peringkat akhir rawatan, setelah selesai proses "pemagaran rumah" dijalankan, kebakaran berlaku setelah selesai memandikan Wan Nur Fatehah, cucu kepada Zainab Othman.






Sebahagian dari barangan milik ahli keluarga Zainab yang dibakar oleh api misteri


Alhamdulillah, semua yang hadir pada hari tersebut diberi peluang oleh Allah swt menyaksikan sendiri apa yang dikatakan sebagai "api misteri" tersebut. Ini memberi semangat baru kepada seluruh Team At-Tobibi kerana kebenaran api itu sememangnya suatu yang pelik dan kewujudannya adalah suatu yang hakiki. 

Proses rawatan yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 7.00 malam itu memberi suatu pengalaman yang baru buat semua Team At-Tobibi kerana berpeluang menyaksikan sendiri kemunculan api tersebut.

Kepada Zinab sekeluarga, tingkatkan kesabaran atas apa yang berlaku, kerana semua ini adalah ujian daripada Allah swt dan Allah pasti menguji hamba-Nya sekadar dengan kemampuan yang ditanggung oleh hamba-Nya tersebut. Kami sentiasa berdoa agar mak cik sekeluarga diselamatkan oleh Allah swt. amin

Sekian Terima Kasih


Admin At-Tobibi

Tuesday 18 September 2012

Team At-Tobibi Berhimpun Di Kelantan...



بسم  االله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, di kesempatan yang diberikan, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat dan ummat Islam.

Sehari dua ini kita dikejutkan dengan penghinaan ke atas Nabi Muhammad saw. oleh bangsa Yahudi laknatullah. Dan berlaku protes besar-besaran oleh ummat seluruh dunia. Begitu juga kita di Malaysia tidak terlepas daripada membuat bantahan penghinaan yang besar ini ke atas Nabi kita saw.

Alhamdulillah, buat pertama kalinya pada tahun ini, kami Team At-Tobibi akan berkumpul di Kelantan seperti mana berikut:

Tarikh   : 20 September 2012 (Khamis)
Tempat : Rumah Ustaz Shamsuri
Masa    : 11.00 am

Tujuan berkumpul keseluruhan ahli Team At-Tobibi ini bukan untuk mengadakan perhimpunan membantah penghinaan ke atas Nabi saw., tetapi adalah untuk mengumpul kekuatan bagi membantu merawat seorang pesakit yang mengalami masalah gangguan di rumahnya. 

Pesakit tersebut mengalami masalah ini hampir tiga tahun yang lalu dan sering diperhebohkan dalam media massa. Jadi, atas dasar membantu, pihak At-Tobibi mengambil inisiatif mengumpul seluruh ahli (Team At-Tobibi) untuk sama-sama membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh pesakit tersebut.

Kami berdoa agar Allah swt membantu usaha dan niat murni kami ini. Kami tidak mempunyai kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah swt sahaja.

Diharapkan kepada semua yang membaca tulisan ini berdoa kepada Allah swt agar kami dapat membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh pesakit berkenaan. Insya Allah..

Sekian Terima Kasih.
Admin At-Tobibi.

"sakit itu dari-Mu Ya Allah, dan penyembuh juga dari-Mu.Oleh itu,sembuhkanlah setiap pesakit yang kami rawat. Amin"

Monday 17 September 2012

Tarikh Rawatan Di Segamat...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Alhamdulillah dan seterusnya Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah swt kerana diberi kesempatan untuk melangsungkan kehidupan ini dengan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung banyaknya. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh ummat Islam.

Sekali lagi Pusat Rawatan Islam At-Tobibi menubuhkan cawangan baru di Segamat dan sesi rawatan akan diadakan buat pertama kalinya seperti mana berikut:

Tarikh : 30 September 2012 (Ahad)
Masa : 9.30 am - 5.00pm
Tempat : Pusat Rawatan Islam Cawangan Segamat
              Surau Taman Bukit Lintang, Belakang Stesen Minyak BHP,
              Jln Gemas-Segamat, Bandar Baru Segamat, Johor.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat rawatan bolehlah membuat temujanji dengan menghantar nama dan alamat serta hadir pada hari dan masa yang ditetapkan.

Untuk sebarang maklumat, anda boleh menghubungi :

1) Ustaz Shamsuri Safie - 013-9609268
2) Ustaz Rozlan Daud - 019-4601205

Sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan masa perubatan akan dimaklumkan di dalam website ini dari semasa ke semasa.

Sekian,

Admin At-tobibi

Sunday 16 September 2012

Penundaan Tarikh Rawatan di Nilai...


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada Allah swt kerana rahmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat.

Pertama sekali kami memohon kemaafan kepada semua pesakit yang ingin mendapat rawatan di Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai, Negeri Sembilan pada 22 Sept 2012. Rawatan pada tarikh tersebut ( 22 September 2012) tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan dengan itu, sesi rawatan di Nilai akan diadakan sepertimana berikut:

Tarik : 29 September 2012 (Sabtu)
Masa : 9.30 am - 5.00 pm
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai, Negeri 9.

Sebarang perubahan tarikh dan masa akan diberi tahu dari semasa ke semasa.

Sekian Terima Kasih,
Admin

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.