Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Sunday, 22 December 2013

Sumbangan Amal Dan Koperat...

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita meneruskan kehidupan hari ini sebagai seorang muslim. Selawat dan Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda, dan seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, pada tarikh 17 Disember 2013, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dengan kerjasama kumpulan media Karangkraf dan Sinar Harian, serta beberapa NGO lain turun padang untuk membantu dan memberi sumbangan amal kepada mereka yang memerlukan. 

Sumbangan amal ini merupakan program Sinar Harian dengan NGO untuk membantu masyarakat umum yang memerlukan pertolongan baik dari segi rawatan, kewangan, tempat tinggal dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Pada kali ini, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dengan beberapa NGO lain turun ke sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak lelaki yang koma beberapa bulan setelah dikatakan mengalami sakit jantung. Keluarga yang serba daif itu terpaksa mengharapkan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk membantu meringankan beban hidup yang terpaksa mereka alami.

Melalui program "Ziarah Kasih Sinar Harian " ini, pusat rawatan Islam At-Tobibi turun memberi rawatan kesihatan kepada pesakit dan juga memberi sedikit sumbangan dalam bentuk kewangan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga tersebut.

Program ziarah kasih ini diadakan tiap-tiap bulan dan ia merupakan program bulanan bagi membantu masyarakat yang amat-amat memerlukan bantuan dan pertolongan. 

Pada mereka yang turut sama ingin memberi bantuan melalui pusat rawatan Islam At-Tobibi, boleh hubungi Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Ustaz Dato' Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205)



Ustaz Dato' Shamsuri Safie dan beberapa warga kerja Sinar Harian menziarahi pesakit di Pasir Puteh Kelantan. 



 Turut hadir, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karang Kraf, Hj Nasir Hamzah.


 Ustaz Dato' Shamsuri Safie memberi rawatan melalui rawatan alternatif (rawatan Islam) kepada pesakit yang koma beberapa bulan, akibat daripada serangan sakit jantung.






 Sumbangan ikhlas diberikan kepada keluarga berkenaan untuk membantu meringankan beban hidup yang semakin meningkat. 

Beberapa NGO yang hadir untuk membantu mereka yang amat-amat memerlukan.

Rawatan Bulanan Di Kelantan..

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.

Insya Allah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Cawangan Kelantan, seperti mana berikut:

Tarikh  : 28 Disember 2013 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Cawangan Kelantan, Kg. Ayer Merah, Jln Bukit Bakar, 18500 Machang Kelantan.
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Dato' Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.

Sekian Terima Kasih.

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"


Admin At-Tobibi

Monday, 25 November 2013

Rawatan Di Terengganu....

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt yang tidak terhingga di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat semua.

Insya Allah, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan di Terengganu, khususnya bagi mereka yang tinggal di Kuala Terengganu dan Marang, serta seluruh masyarakat yang ingin mendapatkan rawatan. Rawatan akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 30 November 2013 (sabtu)
Tempat : Masjid Kg Rawai, Bukit Payong, Marang, Terengganu
Masa : 9.30 pagi - 5.00 petang

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada hari dan tarikh di atas, minta sms nama dan alamat kepada Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad. Lain-lain maklumat lanjut, boleh hubungi kami.

Pesakit diminta hadir pada hari dan tarikh di atas untuk mendaftarkan diri dan mendapatkan nombor giliran. Pesakit yang datang awal akan mendapat rawatan awal.

Rawatan adalah percuma manakala bayaran dibuat ke atas pembelian bahan-bahan rawatan seperti air terapi, air zam-zam dan lain-lain lagi untuk tujuan rawatan.

sekian

terima kasih

Admin At-Tobibi
"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"

Tuesday, 29 October 2013




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dipanjakan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana diberi peluang dan kesempatan untuk mengadakan program Rawatan Perdana Perubatan Islam dan Kuliah Dhuha. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda, sahabat dan seluruh muslimin dan muslihat.

Insya Allah program Rawatan Perdana Perubatan Islam dan Kuliah Dhuha akan diadakan seperti mana berikut:

Tarikh : 2 November 2013 (sabtu)
Masa  : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Surau As-Solehin, Taman Desa Solehah, Kg. Mak Chili, Kemaman Terengganu.

Rawatan Perdana ini adalah merupakan rawatan bulanan Pusat Rawatan Islam At-Tobibi khusus untuk rakyat Terengganu yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak dapat dirawat di hospital atau perubatan moden. Selain itu, bagi mereka yang tinggal di Pahang juga boleh datang untuk mendapat rawatan.

Program ini dimulakan dengan kuliah Dhuha oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Datuk Mohd Zawawi Yusoh, yang merupakan panel TV3 dan juga program Tanyalah Ustaz di TV9. Untuk itu, jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan beliau pada hari dan tarikh tersebut.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi pihak pusat rawatan.

Sekian
Admin At-Tobibi

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"

Friday, 25 October 2013

Pembatalan Rawatan Di Seri Manjung, Perak.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt di atas rahmat dan inayah-Nya yang tidak terhingga. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan sahabat serta muslimin dan muslimat.

Pertama sekali, pihak Pusat Rawatan At-Tobibi memohon jutaan kemaafan kerana terpaksa menangguh rawatan yang akan diadakan pada 26 Oktober 2013 yang sepatutnya rawatan di Seri Manjung. Penangguhan rawatan ini adalah kerana Ustaz Shamsuri ada jemputan di tempat lain yang tidak dapat dielakkan. 

Insya Allah, rawatan di Seri Manjung akan ditunda kepada tarikh lain yang akan diberitahu kelak. Segala kesulitan amat dikesali dan pihak at-Tobibi memohon jutaan kemaafan.

Kepada pesakit yang telah membuat tempahan rawatan, diharapkan dapat bersabar dan menunggu rawatan pada masa dan tarikh yang akan diberitahu nanti.

sekian

Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah

Wednesday, 23 October 2013

Sumbangan Koperat Sosial Pusat Rawatan Islam At-Tobibi...


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt. atas nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhingga, Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat.

Alhamdulillah, sudah menjadi kebiasaan, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi bersama team At-Tobibi mengadakan sumbangan koperat sosial dengan kerjasama Sinar Harian dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO, mengadakan program "Zirah Kasih".

Program ini bertujuan membantu mereka yang teramat memerlukan yang terdiri daripada golongan miskin, mereka yang mengalami musibah dan ujian dari Allah swt., mereka yang berjihad di jalan Allah, pelajar, orang tua dan sebagainya yang dikira perlu mendapat bantuan.

Sumbangan diberikan dalam bentuk kewangan, perkhidmatan rawatan, makanan harian, pakaian, dan lain-lain keperluan yang difikirkan perlu.


Photo: Pusat Rawatan Islam At-Tobibi menghulurkan sumbangan kepada orang miskin.
Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan (23 Oktober 2013), memberi sumbangan kepada ibu tunggal yang mengalami kemalangan jalan raya dan sudah tiga bulan tidak dapat melakukan kerja untuk menyara kehidupan sekeluarga.

Bagi mereka yang ingin turut serta untuk menyumbangkan sedikit sumbangan untuk disalurkan melalui program ini boleh hubungi Ustaz Shamsuri ( 013-9609268 ) atau Ustaz Rozlan Daud ( 019-4601205 ) atau menyumbang terus ke 

AKAUN BANK ISLAM BERHAD

14069010022407

ATAS NAMA PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI

Sumbangan anda amat-amat memerlukan bagi menampung keperluan asas untuk program yang dilaksanakan setiap bulan. Sumbang di dunia, hasilnya di akhirat.

sekian.

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.