Bismillahi Rahmani Rahim
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita meneruskan kehidupan hari ini sebagai seorang muslim. Selawat dan Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda, dan seluruh ummat Islam.
Alhamdulillah, pada tarikh 17 Disember 2013, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dengan kerjasama kumpulan media Karangkraf dan Sinar Harian, serta beberapa NGO lain turun padang untuk membantu dan memberi sumbangan amal kepada mereka yang memerlukan.
Sumbangan amal ini merupakan program Sinar Harian dengan NGO untuk membantu masyarakat umum yang memerlukan pertolongan baik dari segi rawatan, kewangan, tempat tinggal dan lain-lain yang difikirkan perlu.
Pada kali ini, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dengan beberapa NGO lain turun ke sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak lelaki yang koma beberapa bulan setelah dikatakan mengalami sakit jantung. Keluarga yang serba daif itu terpaksa mengharapkan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk membantu meringankan beban hidup yang terpaksa mereka alami.
Melalui program "Ziarah Kasih Sinar Harian " ini, pusat rawatan Islam At-Tobibi turun memberi rawatan kesihatan kepada pesakit dan juga memberi sedikit sumbangan dalam bentuk kewangan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga tersebut.
Program ziarah kasih ini diadakan tiap-tiap bulan dan ia merupakan program bulanan bagi membantu masyarakat yang amat-amat memerlukan bantuan dan pertolongan.
Pada mereka yang turut sama ingin memberi bantuan melalui pusat rawatan Islam At-Tobibi, boleh hubungi Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Ustaz Dato' Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205)
Ustaz Dato' Shamsuri Safie dan beberapa warga kerja Sinar Harian menziarahi pesakit di Pasir Puteh Kelantan.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karang Kraf, Hj Nasir Hamzah.
Ustaz Dato' Shamsuri Safie memberi rawatan melalui rawatan alternatif (rawatan Islam) kepada pesakit yang koma beberapa bulan, akibat daripada serangan sakit jantung.
Sumbangan ikhlas diberikan kepada keluarga berkenaan untuk membantu meringankan beban hidup yang semakin meningkat.
Beberapa NGO yang hadir untuk membantu mereka yang amat-amat memerlukan.
No comments:
Post a Comment