Jadual Rawatan
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.
TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.
TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.
TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.
TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.
Sunday, 16 September 2012
Penundaan Tarikh Rawatan di Nilai...
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada Allah swt kerana rahmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat.
Pertama sekali kami memohon kemaafan kepada semua pesakit yang ingin mendapat rawatan di Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai, Negeri Sembilan pada 22 Sept 2012. Rawatan pada tarikh tersebut ( 22 September 2012) tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sehubungan dengan itu, sesi rawatan di Nilai akan diadakan sepertimana berikut:
Tarik : 29 September 2012 (Sabtu)
Masa : 9.30 am - 5.00 pm
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai, Negeri 9.
Sebarang perubahan tarikh dan masa akan diberi tahu dari semasa ke semasa.
Sekian Terima Kasih,
Admin
Saturday, 25 August 2012
Tarikh Rawatan Sepanjang Bulan September...
بسم االله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat yang tidak terhitung daripada-Nya. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. ahli keluarga dan sahabat serta seluruh ummat Islam.
Di kesempatan ini, pihak Pusat Rawatan Islam At-Tobibi mengambil peluang dan kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Filtri kepada seluruh ummat Islam yang berada di Malaysia. Segala kekhilafan didahulukan dengan ucapakan mohon maaf zahir dan batin.
Alhamdulillah dan insya Allah, setelah bercuti panjang di sepanjang Ramadhan, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan terbuka (walk-in rawatan) seperti mana berikut :
Alhamdulillah dan insya Allah, setelah bercuti panjang di sepanjang Ramadhan, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan terbuka (walk-in rawatan) seperti mana berikut :
TARIKH : 8 September 2012 (Sabtu)
MASA : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : Pusat Rawatan Islam At-Tobib Nilai,
PT13167/3, Jln BBN 1/1, Bawah Putra Point,
78100 Nilai, N. Sembilan.
PT13167/3, Jln BBN 1/1, Bawah Putra Point,
78100 Nilai, N. Sembilan.
TARIKH : 15 September 2012 (Sabtu)
MASA : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : Pusat Rawatan Islam At-Tobib Cawangan Sri Manjung,
2530A Tingkat Atas Taman Samudera,
32040 Sri Manjung, Perak.
2530A Tingkat Atas Taman Samudera,
32040 Sri Manjung, Perak.
TARIKH : 22 September 2012 (Sabtu)
MASA : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai,
PT13167/3, Jln BBN 1/1, Bawah Putra Point,
78100 Nilai, N. Sembilan.
PT13167/3, Jln BBN 1/1, Bawah Putra Point,
78100 Nilai, N. Sembilan.
TARIKH : 29 September 2012 (Sabtu)
MASA : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : Pusat Rawatan Islam At-Tobib Cawangan Segamat,
Surau Taman Bukit Lintang,
Belakang Stesen Minyak BHP,
Jln Gemas-Segamat, Bandar Baru Segamat, Johor.
Surau Taman Bukit Lintang,
Belakang Stesen Minyak BHP,
Jln Gemas-Segamat, Bandar Baru Segamat, Johor.
Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan, bolehlah membuat tempahan awal untuk rawatan (booking rawatan) kerana pihak At-Tobibi hanya menerima pesakit 100 terawal sahaja untuk setiap kali sesi rawatan. Tempahan rawatan boleh dibuat melalui sms atau emailkan maklumat anda seperti nama, alamat, no telefon, dan masalah yang dihadapi. Tempahan rawatan bukan bermaksud tempahan nombor giliran. Ini kerana nombor giliran anda akan dapat setelah anda datang mendaftarkan diri di pusat rawatan (first come first serve).
Sehubungan dengan itu, pesakit yang ingin membuat susulan boleh juga datang terus ke pusat rawatan dengan membuat pendaftaran dan mengambil nombor giliran anda.
Sekian,
admin at-tobibi
Tuesday, 17 July 2012
SIHIR MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM.
Assalamualaikum wbt,
بسم االله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana diberi kesempatan untuk meneruskan hidup hingga ke saat ini di sampaing diberi kekuatan dan nikmat kesihatan yang tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw. para ahli keluarga baginda dan seluruh para solihin.
Alhamdulillah, di kesempatan kali ini, kami menjelaskan kepada pembaca berkenaan dengan sihir dan tanda-tandanya. Dalam kecanggihan teknologi hari ini, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita. Dan kebiasaan sihir berlaku hampir 99 peratus adalah dari kalangan orang yang dikenali, sama ada ahli keluarga, jiran, sahabat, dan orang yang pernah berinteraksi dengan kita. Oleh itu, berhati-hati dengan sesiapa sahaja dengan orang di sekeliling kita kerana kejahatan sihir mampu mengganggu kesempurnaan hidup kita.
Dalil Tentang Adanya Sihir
Surah al-Baqarah ayat 102
“ Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh
syaitan-syaitan kepada Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu
mempunyai kerajaan sihir, sedangkan Sualaiman itu tidak kafir) tidak
mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang
malaikat di negeri Babil yakni Harut dan Marut, sedangkan kedua-duanya tidak
mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami
hanya cubaan (bagimu) kerana itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari
dari kedua malaikat itu apa yang dengannya mereka dapat menceraikan suami isteri. Dan mereka itulah
(ahli sihir) tidak memberi kemudharatan dengan sihir tersebut kepada seseorang
pun melaiknkan dengan izin Allah swt. Dan mereka itu mempelajari sesuatu yang
memberi kemudharatan kepada diri mereka dan tidak memberi sebarang manfaat.
Demi sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa sesiapa yang menukarkan (kitab
Allah) dengan sihir itu,tiada baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah
perbuatan mereka itu menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahuinya.”
Tanda-Tanda Terkena Sihir:
1. Sihir Pemisah.
Tujuan untuk menceraikan suami
isteri atau untuk menimbulkan permusuhan antara dua orang sahabat atau rakan
kongsi.
Tanda-tanda sihir pemisah:
1. Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi
benci.
2. Berlaku keraguan antara suami isteri.
3. Enggan meminta maaf.
4. Membesar-besarkan perselisihan walaupun puncanya
adalah kecil.
5. Pandangan yang buruk seorang suami terhadap
isterinya dan sebaliknya. Sehingga suami melihat isterinya itu sangat hodoh
walaupun di mata orang lain isterinya sangat cantik.
6. Membenci setiap perbuatan yang dilakukan oleh
suami atau isterinya.
7. Suami dan isteri sering bergaduh apabila mereka
tinggal bersama di rumah tetapi kelihatan seperti biasa apabila mereka berada
di luar rumah.
2. Guna-guna atau sihir
percintaan.
Tujuan sihir guna-guna adalah
untuk membuatkan seseorang terus mencintainya.
Tanda-tanda sihir guna-guna
atau sihir percintaan:
1.
Perasaan cinta yang keterlaluan.
2.
Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan
seksual.
3.
Sukar mengawal perasaan cinta.
4.
Rindu bayangan yang berlebihan.
5.
Patuh secara membuta tuli.
3. Sihir memperdayakan
pandangan (Hipnosis)
Tanda-tanda sihir hypnosis:
1.
Mereka yang melihat objek yang diam seolah-olah
bergerak dan sebaliknya.
2.
Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
3.
Melihat sesuatu tidak sebagaimana bentuk
asalnya.
4. Sihir yang membuatkan
gila.
Tanda-tanda sihir gila:
1.
Bingung dan mudah lupakan sesuatu.
2.
Meracau dalam perbicaraan.
3.
Mata menjadi layu.
4.
Tidak boleh tenang di satu-satu tempat.
5.
Tidak boleh memberi tumpuan dalam melakukan
pekerjaan.
6.
Tidak mengambil berat tentang penampilan.
7.
Sampai ke satu peringkat berjalan tidak tahu ke
arah mana dan tanpa tujuan serta tidur ditempat sunyi.
5. Sihir membuatkan
seseorang tidak bermaya.
Tanda-tanda terkena sihir
tidak bermaya:
1. Suka berseorangan.
2. Diam.
3. Tidak suka majlis
pertemuan.
4. Fikiran meracau.
5. Selalu pening.
6. Selalu lesu dan tidak bermaya.
7. Menutup diri sepenuhnya.
6. Sihir mendengar
panggilan.
Tanda-tanda sihir mendengar
panggilan:
1.
Selalu mengalami mimpi ngeri.
2.
Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
3.
Selalu was-was.
4.
Mendengar orang bercakap dengannya dalam keadaan
jaga.
5.
Selalu meragui teman atau orang yang
dicintainya.
6.
Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang tinggi.
7.
Mimpi haiwan ganas mengejarnya.
7. Sihir membuat penyakit.
Tanda-tanda sihir membuatkan
penyakit:
1.
Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
2.
Sarat tersumbat.
3.
Lumpuh salah satu anggota badan.
4.
Pancaindera yang tidak berfungsi dengan baik.
5.
Lumpuh menyeluruh.
8. Sihir menahan pernikahan.
Tanda-tanda sihir menahan
pernikahan.
1.
Pening kepala yang berterusan dan tidak berhenti
walaupun telah mengambil ubat dari doctor.
2.
Sesak dada terutamanya setelah asar hingga ke
malam.
3.
Melihat pelamar sangat hodoh.
4.
Banyak berfikir yang bukan-bukan.
5.
Selalu gelisah waktu malam.
6.
Selalu rasa sakit perut.
7.
Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
9. Santau.
Tanda-tanda terkena sihir
santau.
1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk
berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga
satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu
maghrib dan malam jumaat. Kadang kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk
waktu solat jumaat.
4. Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib.
5.
Lenguh seluruh anggota badan.
6.
Kuku menjadi hitam dan nafas berbau busuk.
7.
Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
8.
Mimpi bahan-bahan yang miang seperti miang buluh
dan ulat bulu.
9.
Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau
dan sembilu.
10. Mimpi binatang yang menakutkan
seperti ular.
11. Mimpi makan makanan yang kotor
seperti bangkai dan babi.
10. Saka
Tanda-tanda seseorang yang
mempunyai saka.
1.
Susah tidur pada waktu malam, tidak boleh tidur
kecuali bersusah payah.
2.
Sering terjaga pada waktu malam dalam ketiadaan
cemas dan takut.
3.
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi
melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa
yang mendengarnya, biasanya terjadi dalam keadaan kena tindih.
4.
Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
5.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, unta,
tikus dan sebagainya.
6.
Bungi gigi belaga ketika tidur.
7.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika
tidur.
8.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
9.
Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
10. Mimpi berada di kawasan kotor
atau di kawasan perkuburan.
11. Bermimpi berada ditempat yang
sunyi.
12. Mimpi terserempak atau melihat
makhluk dengan rupa aneh.
13. Mimpi melihat makhluk halus
yang menakutkan atau hantu.
14. Mimpi melihat budak kecil,
berjaga-jaga atau mimpi menyusukan budak kecil.
15. Selalu pening, para pengalam
perubatan moden tidak dapat mengesan sebarang penyakit dan dikatakan penyakit
misteri.
16. Selalu lalai daripada
mengingati Allah swt.
17. Hilang ingatan dan mungkin
juga menjadi gila. Gila adalah berpunca daripada jin.
18. Sering lesu dan malas.
19. Rasa sakit di salah satu
anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
20. Sentiasa terasa sakit di
belakang terutama di tulang belakang.
21. Lenguh di sendi-sendi utama.
22. Melihat sesuatu yang pelik
semasa sedar.
23. Mempunyai ketumbuhan yang
sukar diubati yang dikenali sebagai kanser.
24. Terasa seolah-olah terdapat
sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak di batu atau telur.
25. Mudah penik dan kaget apabila
berhadapan dengan sesuatu ujian.
Sekian,
Admin At-Tobibi.
Thursday, 12 July 2012
Penangguhan Rawatan Sepanjang Bulan Ramadhan.
Assalamualaikum wbt,
بسم االله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt atas limpah kurnia dan inayah-Nya. Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw. ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Pertama sekali, pihak At-Tobibi memaklumkan bahawa rawatan sepanjang bulan Ramadhan adalah ditangguhkan. Oleh yang demikian, rawatan untuk kali terakhir sebelum menjelangnya Ramadhan ialah seperti mana berikut:
Tarikh : 14 Julai 2012 (sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam Manjung, Perak
Masa : Jam 9.30 am - 5.00pm
Oleh itu, sebarang berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan yang telah dikeluarkan sepanjang bulan Ramadhan terbatal dengan sendiri. Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang mempunyai masalah dan ingin berhubung dengan ustaz Shamsuri, anda boleh menghubunginya untuk mendapat khidmat nasihat dan sebagainya.
Sekian, Terima Kasih.
Admin At-Tobibi
Sunday, 24 June 2012
Walk In Rawatan Islam At-Tobibi Sepanjang Bulan 7...
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk kita bernafas dan terus bernafas di dunia yang fana ini. Terkadang kita diuji, baik dengan harta kekayaan, anak pinak dan sebagainya. Namun dalam menghadapi kehidupan ini, ujian dalam kesulitan untuk hidup normal adalah amat menyakitkan. Ini kerana nikmat sihat merupakan nikmat yang terbesar setelah nikmat iman dan Islam. Oleh itu, bersabarlah dalam menanggung ujian Allah swt kerana setiap ujian yang kita tanggung ini pasti akan diberi ganjaran oleh Allah swt baik di dunia ini mahu pun di akhirat kelak.
Dengan kesungguhan pihak tuan dan pihak kami dalam berikhtiar kepada Allah swt untuk merawat setiap penyakit yang dialami, pihak At-Tobibi Team mengumumkan jadual perubatan islam sepajang bulan Julai di setiap cawangan At-Tobibi. Jadual adalah seperti berikut :
Sebarang perubahan berkenanaan dengan tarikh, tempat dan waktu rawatan akan dimaklum di dalam website ini ataupun dengan telefon. Oleh itu, pihak kami berharap agar tuan-tuan dapat mengambil peluang untuk berubat dengan kami di Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.
Sekian

Thursday, 7 June 2012
WALK IN RAWATAN SEPANJANG BULAN JUN 2012...
Assalamualaikum wbt,
بسم االله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat yang tidak terhitung daripada-Nya. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. ahli keluarga dan sahabat serta seluruh ummat Islam.
Alhamdulillah dan insya Allah, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan terbuka (walk-in rawatan) seperti mana berikut :
TARIKH : 06 Jun 2012 ()
MASA : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIB,NILAI NEGERI SEMBILAN.
TARIKH : 12 Jun 2012 ()
MASA : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIB,POKOK SENA KEDAH.
TARIKH : 19 JUN 2012 ()
MASA : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI, PONTIAN JOHOR
TARIKH : 23 JUN 2012 ()
MASA : 9.30 am - 5.30 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI, MANJUNG PERAK.
TARIKH : 26 Jun 2012 ()
MASA : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIB,KUANTAN PAHANG.
TARIKH : 30 Jun 2012 ()
MASA : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIB,NILAI NEGERI SEMBILAN.
Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan, bolehlah membuat tempahan awal untuk rawatan (booking rawatan) kerana pihak At-Tobibi hanya menerima pesakit 100 terawal sahaja untuk setiap kali sesi rawatan. Tempahan rawatan boleh dibuat melalui sms atau emailkan maklumat anda seperti nama, alamat, no telefon, dan masalah yang dihadapi. Tempahan rawatan bukan bermaksud tempahan nombor giliran. Ini kerana nombor giliran anda akan dapat setelah anda datang mendaftarkan diri di pusat rawatan (first come first serve).
Sehubungan dengan itu, pesakit yang ingin membuat susulan boleh juga datang terus ke pusat rawatan dengan membuat pendaftaran dan mengambil nombor giliran anda.
Sekian,
admin at-tobibi
Sunday, 3 June 2012
Penundaan Tarikh Rawatan...
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana rahmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya.
Pertama sekali kami memohon kemaafan kepada semua pesakit yang ingin mendapat rawatan di Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Cawangan Segamat pada 5 Jun 2012. Rawatan pada 5 Jun 2012 di Cawangan Segamat tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Insya Allah, pihak kami menundakan tarikh rawatan ini kepada tarikh lain yang akan dimaklumkan semula.

Subscribe to:
Posts (Atom)