Assalamualaikum wbt,
بسم االله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana diberi kesempatan untuk meneruskan hidup hingga ke saat ini di sampaing diberi kekuatan dan nikmat kesihatan yang tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw. para ahli keluarga baginda dan seluruh para solihin.
Alhamdulillah, di kesempatan kali ini, kami menjelaskan kepada pembaca berkenaan dengan sihir dan tanda-tandanya. Dalam kecanggihan teknologi hari ini, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita. Dan kebiasaan sihir berlaku hampir 99 peratus adalah dari kalangan orang yang dikenali, sama ada ahli keluarga, jiran, sahabat, dan orang yang pernah berinteraksi dengan kita. Oleh itu, berhati-hati dengan sesiapa sahaja dengan orang di sekeliling kita kerana kejahatan sihir mampu mengganggu kesempurnaan hidup kita.
Dalil Tentang Adanya Sihir
Surah al-Baqarah ayat 102
“ Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh
syaitan-syaitan kepada Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu
mempunyai kerajaan sihir, sedangkan Sualaiman itu tidak kafir) tidak
mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang
malaikat di negeri Babil yakni Harut dan Marut, sedangkan kedua-duanya tidak
mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami
hanya cubaan (bagimu) kerana itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari
dari kedua malaikat itu apa yang dengannya mereka dapat menceraikan suami isteri. Dan mereka itulah
(ahli sihir) tidak memberi kemudharatan dengan sihir tersebut kepada seseorang
pun melaiknkan dengan izin Allah swt. Dan mereka itu mempelajari sesuatu yang
memberi kemudharatan kepada diri mereka dan tidak memberi sebarang manfaat.
Demi sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa sesiapa yang menukarkan (kitab
Allah) dengan sihir itu,tiada baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah
perbuatan mereka itu menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahuinya.”
Tanda-Tanda Terkena Sihir:
1. Sihir Pemisah.
Tujuan untuk menceraikan suami
isteri atau untuk menimbulkan permusuhan antara dua orang sahabat atau rakan
kongsi.
Tanda-tanda sihir pemisah:
1. Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi
benci.
2. Berlaku keraguan antara suami isteri.
3. Enggan meminta maaf.
4. Membesar-besarkan perselisihan walaupun puncanya
adalah kecil.
5. Pandangan yang buruk seorang suami terhadap
isterinya dan sebaliknya. Sehingga suami melihat isterinya itu sangat hodoh
walaupun di mata orang lain isterinya sangat cantik.
6. Membenci setiap perbuatan yang dilakukan oleh
suami atau isterinya.
7. Suami dan isteri sering bergaduh apabila mereka
tinggal bersama di rumah tetapi kelihatan seperti biasa apabila mereka berada
di luar rumah.
2. Guna-guna atau sihir
percintaan.
Tujuan sihir guna-guna adalah
untuk membuatkan seseorang terus mencintainya.
Tanda-tanda sihir guna-guna
atau sihir percintaan:
1.
Perasaan cinta yang keterlaluan.
2.
Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan
seksual.
3.
Sukar mengawal perasaan cinta.
4.
Rindu bayangan yang berlebihan.
5.
Patuh secara membuta tuli.
3. Sihir memperdayakan
pandangan (Hipnosis)
Tanda-tanda sihir hypnosis:
1.
Mereka yang melihat objek yang diam seolah-olah
bergerak dan sebaliknya.
2.
Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
3.
Melihat sesuatu tidak sebagaimana bentuk
asalnya.
4. Sihir yang membuatkan
gila.
Tanda-tanda sihir gila:
1.
Bingung dan mudah lupakan sesuatu.
2.
Meracau dalam perbicaraan.
3.
Mata menjadi layu.
4.
Tidak boleh tenang di satu-satu tempat.
5.
Tidak boleh memberi tumpuan dalam melakukan
pekerjaan.
6.
Tidak mengambil berat tentang penampilan.
7.
Sampai ke satu peringkat berjalan tidak tahu ke
arah mana dan tanpa tujuan serta tidur ditempat sunyi.
5. Sihir membuatkan
seseorang tidak bermaya.
Tanda-tanda terkena sihir
tidak bermaya:
1. Suka berseorangan.
2. Diam.
3. Tidak suka majlis
pertemuan.
4. Fikiran meracau.
5. Selalu pening.
6. Selalu lesu dan tidak bermaya.
7. Menutup diri sepenuhnya.
6. Sihir mendengar
panggilan.
Tanda-tanda sihir mendengar
panggilan:
1.
Selalu mengalami mimpi ngeri.
2.
Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
3.
Selalu was-was.
4.
Mendengar orang bercakap dengannya dalam keadaan
jaga.
5.
Selalu meragui teman atau orang yang
dicintainya.
6.
Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang tinggi.
7.
Mimpi haiwan ganas mengejarnya.
7. Sihir membuat penyakit.
Tanda-tanda sihir membuatkan
penyakit:
1.
Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
2.
Sarat tersumbat.
3.
Lumpuh salah satu anggota badan.
4.
Pancaindera yang tidak berfungsi dengan baik.
5.
Lumpuh menyeluruh.
8. Sihir menahan pernikahan.
Tanda-tanda sihir menahan
pernikahan.
1.
Pening kepala yang berterusan dan tidak berhenti
walaupun telah mengambil ubat dari doctor.
2.
Sesak dada terutamanya setelah asar hingga ke
malam.
3.
Melihat pelamar sangat hodoh.
4.
Banyak berfikir yang bukan-bukan.
5.
Selalu gelisah waktu malam.
6.
Selalu rasa sakit perut.
7.
Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
9. Santau.
Tanda-tanda terkena sihir
santau.
1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk
berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga
satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu
maghrib dan malam jumaat. Kadang kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk
waktu solat jumaat.
4. Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib.
5.
Lenguh seluruh anggota badan.
6.
Kuku menjadi hitam dan nafas berbau busuk.
7.
Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
8.
Mimpi bahan-bahan yang miang seperti miang buluh
dan ulat bulu.
9.
Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau
dan sembilu.
10. Mimpi binatang yang menakutkan
seperti ular.
11. Mimpi makan makanan yang kotor
seperti bangkai dan babi.
10. Saka
Tanda-tanda seseorang yang
mempunyai saka.
1.
Susah tidur pada waktu malam, tidak boleh tidur
kecuali bersusah payah.
2.
Sering terjaga pada waktu malam dalam ketiadaan
cemas dan takut.
3.
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi
melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa
yang mendengarnya, biasanya terjadi dalam keadaan kena tindih.
4.
Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
5.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, unta,
tikus dan sebagainya.
6.
Bungi gigi belaga ketika tidur.
7.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika
tidur.
8.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
9.
Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
10. Mimpi berada di kawasan kotor
atau di kawasan perkuburan.
11. Bermimpi berada ditempat yang
sunyi.
12. Mimpi terserempak atau melihat
makhluk dengan rupa aneh.
13. Mimpi melihat makhluk halus
yang menakutkan atau hantu.
14. Mimpi melihat budak kecil,
berjaga-jaga atau mimpi menyusukan budak kecil.
15. Selalu pening, para pengalam
perubatan moden tidak dapat mengesan sebarang penyakit dan dikatakan penyakit
misteri.
16. Selalu lalai daripada
mengingati Allah swt.
17. Hilang ingatan dan mungkin
juga menjadi gila. Gila adalah berpunca daripada jin.
18. Sering lesu dan malas.
19. Rasa sakit di salah satu
anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
20. Sentiasa terasa sakit di
belakang terutama di tulang belakang.
21. Lenguh di sendi-sendi utama.
22. Melihat sesuatu yang pelik
semasa sedar.
23. Mempunyai ketumbuhan yang
sukar diubati yang dikenali sebagai kanser.
24. Terasa seolah-olah terdapat
sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak di batu atau telur.
25. Mudah penik dan kaget apabila
berhadapan dengan sesuatu ujian.
Sekian,
Admin At-Tobibi.
No comments:
Post a Comment