Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Thursday 17 October 2013

Ziarah Kasih Bersama Sinar Harian

  • Rawatan berkala esokShamsuri (berdiri, kiri) ketika menziarahi keluarga Zulbahari bersama Mohd Nasir (tiga, kanan) dan wakil KPRK , Kasut You dan Zeatty Scarf.
 1 / 1 
PASIR PUTEH - Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Cawangan Machang akan mengadakan rawatan berkala esok bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

Pengurusnya, Ustaz Shamsuri Shafie berkata, tempahan awal daripada orang ramai digalakkan untuk rawatan dari jam 9.30 pagi hingga 3 petang di Kampung Kuala Ayer Merah, Jalan Bukit Bakar itu.

Menurutnya, pusat rawatan tersebut akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di mana beliau dibantu beberapa petugas berpengalaman.

“Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 013-2898296 atau dengan melayari laman www.attobibi.blogspot.com,” katanya ketika menyertai program Ziarah Aidiladha Sinar Harian di Kampung Permatang Gading dekat sini, kelmarin.

Beliau bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah; Pengurus Cawangan Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor; Pengurus Zeatty Scarf Cawangan Kubang Kerian, Azurai Abd Fatah; wakil Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan (KPRK) Berhad, Moktar Yasin dan wakil Kasut You, Siti Masitah Abdullah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Zulbahari Ismail, 36.

Shamsuri berkata, selain menyediakan perkhidmatan rawatan Islam, At-Tobibi tidak lupa membantu golongan kurang bernasib baik.

“Kami mendekati dan memahami masalah sesetengah anggota masyarakat yang mungkin masalah mereka tidak mendapat perhatian pihak berkaitan dan kami berusaha membantu meringankan beban mereka,” katanya.

Sementara itu, Zulbahari berkata, dia yang mengalami retak tulang pinggul selepas terjatuh ketika berkerja di kebun Mac lalu tidak mampu berkerja untuk menyara isteri dan empat anak termasuk dua yang masih bersekolah.

Katanya, sejak peristiwa itu, dia terpaksa mengharapkan ihsan saudara mara kerana tidak mampu berjalan apatah lagi untuk berkerja.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu, saya juga berdoa agar sakit yang saya alami ini tidak berlarutan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.