بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt, kerana diberi hidayah dan inayah yang menjadikan kita tetap di bawah kasih dan rahmat Allah swt. Selawat dan salam buat junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda serta seluruh sahabat.
Alhamdulillah, hari ini Team At-Tobibi dengan kerjasama Sinar Harian Kelantan, Pertubuhan Kerabat Diraja Jembal Kelantan dan beberapa NGO lain tampil memberi bantuan dan sumbangan yang berbentuk rawatan, makanan keperluan, kewangan dan kelengkapan keperluan hidup di rumah serta lain-lain keperluan yang difikirkan perlu kepada sebuah keluarga yang mengalami penyakit misteri.
Penderitaan keluarga tersebut telah sekian lama, namum mendapat perhatian akhbar Sinar Harian dan beberapa agensi lain untuk membantu meringankan beban keluarga tersebut. Penderitaan yang dialami oleh keluarga berkenaan menarik perhatian Pusat Rawatan Islam At-Tobibi untuk mengkaji penyakit misteri yang dialami sekian lama.
Menurut pengasa Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Ustaz Datuk Shamsuri Safie yang turut menyertai sesi "Ziarah Kasih" ini, penyakit yang dialami keluarga berkenaan adalah berkaitan dengan saka. Hal ini kerana penyakit berkenaan bukan sahaja pertama kali berlaku, cuma yang membezakan ialah mangsa yang dialami. Jika sebelum ini, penderitaan hanya dialami oleh orang dewasa, namun kali ini penderitaan dialami oleh kanal-kanak yang berusia tiga bulan.
Menurut ibu mangsa, anaknya mengalami penyakit misteri tersebut bermula pada usianya tiga bulan. Kanak-kanak tersebut tidak dapat tidur dengan lena dan selalu menangis menyebabkan ibunya tidak dapat melakukan apa-apa kerja. Alhamdulillah setelah mendapat rawatan daripada Ustaz Shamsuri, adik Lia Nur Zahirah tidak menangis dan terus lena tidur.
Sehubungan dengan itu, Ustaz Shamsuri juga menasihati semua masyarakat diluar sana, jangan mudah terpedaya dengan "bomoh" sekiranya mengalami penderitaan akibat gangguan makhluk halus. Tetapi lebih mencari perawat yang mengamal rawatan secara Islam. Ini kerana bomoh bukan sahaja melakukan kesyirikan kepada Allah swt., tetapi turut menjadikan pesakit tersebut juga melakukan kesyirikan kepada Allah swt.
Ustaz Dato' Shamsuri merawat Lia Nur Zahirah yang mengalami penderitaan sakit misteri yang menemui jalan buntu di hospital
Tangkal yang dipakaikan pada lehir adik Lia Nur Zahirah dipotong dan dibuang untuk memastikannya mendapat rawatan berasaskan Islam dan syariat
Penderitaan yang dialami oleh mangsa mendapat perhatian ramai pihak yang tampil untuk membantu
Abang kepada adik Lia Nur Zahirah yang mengalami masalah penyakit misteri turut sama mendapat rawatan daripada pengamal perubatan Islam, Ustaz Dato' Shamsuri
Sumbangan diberikan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan yang dialami oleh keluarga adik Lia Nur Zahirah
Ustaz Shamsuri menyampai sumbangan kepada keluarga mangsa untuk meringankan beban keluarga.
Ustas Shamsuri melawat bahagian dapur rumah adik Lia Nur Zahirah yang ketiadaan keperluan asas seperti tandas dan bilik mandi.
Sehubungan dengan itu, pihak At-Tobibi mengalu-alukan kepada mereka diluar sana yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga berkenaan atau sesiapa sahaja melalui program "Ziarah Kasih" kerjasama antara Kumpulan Sinar Harian Kelantan, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dan beberapa NGO lain. Sumbangan anda amat-amat diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bagi mereka yang ingin menyumbang, boleh menghubungi pihak pengurusan At-Tobibi atau menyalurkan ke:
AKAUN BANK ISLAM
14069010022407
ATAS NAMA PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI
Sumbangan anda akan disalurkan kepada mereka yang amat memerlukan melalui beberapa siri program yang akan dilaksanakan.
Khusus kepada rakyat Kelantan, insya Allah, pada sabtu ini (21 September 2013) akan diadakan rawatan Islam di Kg. Kuala Ayer Merah, Jalan Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Untuk itu, sesiapa yang ingin mendapat rawatan pada hari dan tarikh tersebut, bolehlah datang.
Sekian.
"Berkorban Demi Kesejahteraan Ummah"
No comments:
Post a Comment