Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi rahmat dan inayah-Nya yang tidak terhingga. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan, Muhammad b. Abdullah, ahli keluarga baginda dan para sahabat.
Alhamdulillah di kesempatan yang ada, pihak pusat Rawatan Islam At-Tobibi mengambil peluang di bulan yang penuh dengan kemuliaan untuk mengadakan sumbang bakti kepada mereka yang memerlukan. Tertarik dengan berita yang disiarkan dalam akbar Sinar Harian (28 Julai 2013) http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/buang-air-dalam-semak-1.187473 telah menarik perhatian pusat rawatn untuk membantu meringankan beban keluarga tersebut.
Dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Akbar Sinar Harian dan beberapa NGO lain turut serta bagi menjayakan program amal bagi meringankan beban mereka yang memerlukan di bulan yang penuh barakah ini.
Keadaan kediaman Abdullah
Ustaz Shamsuri (kanan) berbincangn sesuatu dengan tuan rumah, Abdullah (tengah) bersama Timbalan Pengarah Urusan Karang Kraf, Hj Nasir
Keadaan dapur rumah yang menunggu masa untuk runtuh...
Ustaz Shamsuri memberi sedikit sumbangan kewangan untuk membantu meringankan beban di saat hari raya aidil Fitri yang hampir tiba...
Sumbangan turut diberikan daripada beberapa NGO di Negeri Kelantan..
Bersalaman sebelum berpisah...
Insya Allah, pihak Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan program yang berbentuk sumbang bakti kepada mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa. Sumbangan koperat ini bertujuan untuk menjadikan pusat rawatan bukan sahaja membantu masyarakat dalam bidang perubatan sahaja, malah turut membantu meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh masyarakat di luar sana. Sekiranya ada pihak yang ingin mengadakan kerjasama dengan pusat Rawatan Islam At-Tobibi boleh hubungi pihak kami di talian 013-9609268 (ustaz Shamsuri) atau email at_tobibi@yahoo.com
Sekian, Terima Kasih
No comments:
Post a Comment