Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah dari-Nya dapat lagi kita meneruskan perjuangan hidup sementara menanti saat pertemuan dengan-Nya. Selawat dan Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat baginda.
Alhamdulillah, buat pertama kali untuk tahun ini, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan terbuka untuk rakyat negeri jelapang padi, iaitu Kedah. Seminar dan sesi rawatan akan diadakan sepertimana berikut :
Iklan yang telah dikeluarkan
Masa : 9.00 am - 5.00 pm
Tempat : Sebelah Pejabat Adun Kuala Ketil, (berhadapan stesen bas Kuala Ketil) ,Kedah
Program satu hari tersebut adalah inisiatif Pusat Rawatan Islam At-Tobibi untuk memberi perkhidmatan bagi rakyat Kuala Ketil khususnya. Sesi rawatan untuk rakyat negeri Kedah umumnya yang menghadapi sebarang masalah kesihatan yang telah menemui jalan buntu di hospital. Insya Allah.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan seminar dan sesi rawatan ini, boleh hubungi pihak pengurusan Pusat Rawatan Islam At-Tobibi. Sebarang perubahan tarikh dan waktu atau tempat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekian
Admin At-Tobibi.
No comments:
Post a Comment