Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Saturday, 12 January 2013

Sukar Tidur Sejak 13 Tahun Lalu (Utusan Malaysia)




Sukar tidur sejak 13 tahun lalu?

SHAMSURI Shafie (dua dari kiri) mengubati Ibrahim Mat Noor yang terkena gangguan makhluk halus di rumahnya di Kampung Laklok, Machang, Kelantan, semalam.

MACHANG 11 Jan. - Seorang warga emas, Ibrahim Mat Noor, 78, dari Kampung Laklok di sini mendakwa menghadapi masalah sukar untuk tidur dan lebih banyak menghabiskan masa dengan merangkak mengelilingi ruang rumahnya pada waktu malam, sejak 13 tahun lalu.

Isteri warga emas terbabit, Rokiah Mustafa, 60, berkata, masalah sukar tidur yang dihidapi oleh suaminya bermula selepas lelaki itu mengadu dipatuk seekor ular ketika sedang membersihkan kebun milik mereka di kampung berkenaan.
Menurut Rokiah, selepas kejadian itu, suaminya tidak mampu berjalan dan penglihatannya turut terjejas meskipun telah mendapatkan rawatan di hospital dan menerusi kaedah tradisional.

"Saya pernah cuba kesan bekas patukan ular seperti didakwa, namun tidak ditemui, malah dia juga sihat seperti biasa. Namun, selepas dua minggu kejadian itu, dia mula sakit dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
"Saya sendiri tidak tahu apa penyakitnya sehingga dia tidak mampu menguruskan diri dan bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga yang lain,'' katanya ketika ditemui hari ini.
Rokiah memberitahu, sejak Ibrahim jatuh sakit, mereka sekeluarga hilang punca pendapatan.

"Mujurlah saya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan ia sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan kami," katanya yang turut mengambil upah menjual ubat tradisional bagi menampung hidup.
Penderitaan Ibrahim yang bekerja kampung, mendapat perhatian Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dari Negeri Sembilan yang mengunjungi warga emas itu diketuai Pengasasnya, Shamsuri Shafie bersama tujuh pembantunya.

Menurut Shamsuri, berdasarkan rawatan yang dilakukan, terdapat gangguan makhluk halus pada warga emas berkenaan terutama di bahagian kepala mengakibatkan dia sukar untuk tidur.

"Alhamdulillah selepas rawatan dijalankan, terdapat sedikit perubahan pada warga emas berkenaan. Dengan kuasa Allah, warga emas berkenaan sudah mula boleh bercakap dan berjalan dengan baik. Ini merupakan satu perkembangan positif.

"Insya-Allah, kita akan membuat pemantauan dalam tempoh tujuh hari untuk terus melihat perkembangannya," kata Shamsuri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130112/dn_20/Sukar-tidur-sejak-13-tahun-lalu#ixzz2HpDO9wCo 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.