Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Sunday 22 December 2013

Sumbangan Amal Dan Koperat...

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita meneruskan kehidupan hari ini sebagai seorang muslim. Selawat dan Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda, dan seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, pada tarikh 17 Disember 2013, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dengan kerjasama kumpulan media Karangkraf dan Sinar Harian, serta beberapa NGO lain turun padang untuk membantu dan memberi sumbangan amal kepada mereka yang memerlukan. 

Sumbangan amal ini merupakan program Sinar Harian dengan NGO untuk membantu masyarakat umum yang memerlukan pertolongan baik dari segi rawatan, kewangan, tempat tinggal dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Pada kali ini, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dengan beberapa NGO lain turun ke sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak lelaki yang koma beberapa bulan setelah dikatakan mengalami sakit jantung. Keluarga yang serba daif itu terpaksa mengharapkan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk membantu meringankan beban hidup yang terpaksa mereka alami.

Melalui program "Ziarah Kasih Sinar Harian " ini, pusat rawatan Islam At-Tobibi turun memberi rawatan kesihatan kepada pesakit dan juga memberi sedikit sumbangan dalam bentuk kewangan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga tersebut.

Program ziarah kasih ini diadakan tiap-tiap bulan dan ia merupakan program bulanan bagi membantu masyarakat yang amat-amat memerlukan bantuan dan pertolongan. 

Pada mereka yang turut sama ingin memberi bantuan melalui pusat rawatan Islam At-Tobibi, boleh hubungi Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Ustaz Dato' Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205)



Ustaz Dato' Shamsuri Safie dan beberapa warga kerja Sinar Harian menziarahi pesakit di Pasir Puteh Kelantan. 



 Turut hadir, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karang Kraf, Hj Nasir Hamzah.


 Ustaz Dato' Shamsuri Safie memberi rawatan melalui rawatan alternatif (rawatan Islam) kepada pesakit yang koma beberapa bulan, akibat daripada serangan sakit jantung.






 Sumbangan ikhlas diberikan kepada keluarga berkenaan untuk membantu meringankan beban hidup yang semakin meningkat. 

Beberapa NGO yang hadir untuk membantu mereka yang amat-amat memerlukan.

Rawatan Bulanan Di Kelantan..

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.

Insya Allah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Cawangan Kelantan, seperti mana berikut:

Tarikh  : 28 Disember 2013 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Cawangan Kelantan, Kg. Ayer Merah, Jln Bukit Bakar, 18500 Machang Kelantan.
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Dato' Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.

Sekian Terima Kasih.

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"


Admin At-Tobibi

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.