Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Tuesday 29 October 2013




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dipanjakan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana diberi peluang dan kesempatan untuk mengadakan program Rawatan Perdana Perubatan Islam dan Kuliah Dhuha. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda, sahabat dan seluruh muslimin dan muslihat.

Insya Allah program Rawatan Perdana Perubatan Islam dan Kuliah Dhuha akan diadakan seperti mana berikut:

Tarikh : 2 November 2013 (sabtu)
Masa  : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Surau As-Solehin, Taman Desa Solehah, Kg. Mak Chili, Kemaman Terengganu.

Rawatan Perdana ini adalah merupakan rawatan bulanan Pusat Rawatan Islam At-Tobibi khusus untuk rakyat Terengganu yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak dapat dirawat di hospital atau perubatan moden. Selain itu, bagi mereka yang tinggal di Pahang juga boleh datang untuk mendapat rawatan.

Program ini dimulakan dengan kuliah Dhuha oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Datuk Mohd Zawawi Yusoh, yang merupakan panel TV3 dan juga program Tanyalah Ustaz di TV9. Untuk itu, jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan beliau pada hari dan tarikh tersebut.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi pihak pusat rawatan.

Sekian
Admin At-Tobibi

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"

Friday 25 October 2013

Pembatalan Rawatan Di Seri Manjung, Perak.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt di atas rahmat dan inayah-Nya yang tidak terhingga. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan sahabat serta muslimin dan muslimat.

Pertama sekali, pihak Pusat Rawatan At-Tobibi memohon jutaan kemaafan kerana terpaksa menangguh rawatan yang akan diadakan pada 26 Oktober 2013 yang sepatutnya rawatan di Seri Manjung. Penangguhan rawatan ini adalah kerana Ustaz Shamsuri ada jemputan di tempat lain yang tidak dapat dielakkan. 

Insya Allah, rawatan di Seri Manjung akan ditunda kepada tarikh lain yang akan diberitahu kelak. Segala kesulitan amat dikesali dan pihak at-Tobibi memohon jutaan kemaafan.

Kepada pesakit yang telah membuat tempahan rawatan, diharapkan dapat bersabar dan menunggu rawatan pada masa dan tarikh yang akan diberitahu nanti.

sekian

Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah

Wednesday 23 October 2013

Sumbangan Koperat Sosial Pusat Rawatan Islam At-Tobibi...


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt. atas nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhingga, Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat.

Alhamdulillah, sudah menjadi kebiasaan, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi bersama team At-Tobibi mengadakan sumbangan koperat sosial dengan kerjasama Sinar Harian dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO, mengadakan program "Zirah Kasih".

Program ini bertujuan membantu mereka yang teramat memerlukan yang terdiri daripada golongan miskin, mereka yang mengalami musibah dan ujian dari Allah swt., mereka yang berjihad di jalan Allah, pelajar, orang tua dan sebagainya yang dikira perlu mendapat bantuan.

Sumbangan diberikan dalam bentuk kewangan, perkhidmatan rawatan, makanan harian, pakaian, dan lain-lain keperluan yang difikirkan perlu.


Photo: Pusat Rawatan Islam At-Tobibi menghulurkan sumbangan kepada orang miskin.
Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan (23 Oktober 2013), memberi sumbangan kepada ibu tunggal yang mengalami kemalangan jalan raya dan sudah tiga bulan tidak dapat melakukan kerja untuk menyara kehidupan sekeluarga.

Bagi mereka yang ingin turut serta untuk menyumbangkan sedikit sumbangan untuk disalurkan melalui program ini boleh hubungi Ustaz Shamsuri ( 013-9609268 ) atau Ustaz Rozlan Daud ( 019-4601205 ) atau menyumbang terus ke 

AKAUN BANK ISLAM BERHAD

14069010022407

ATAS NAMA PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI

Sumbangan anda amat-amat memerlukan bagi menampung keperluan asas untuk program yang dilaksanakan setiap bulan. Sumbang di dunia, hasilnya di akhirat.

sekian.

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"
Assalamualaikum wbt.

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.

Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan di Manjung, Perak. Rawatan adalah sepertimana berikut:

TARIKH : 26 Oktober 2013 (Sabtu)
MASA : 9.30 am - 3.00 pm
Tempat : Tingkat Atas, Digi Telekomunikasi, Bangunan Kia Motor, Fasa 1C, Seri Manjung, Perak.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan.


Sekian,

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"

Thursday 17 October 2013

Ziarah Kasih Bersama Sinar Harian

  • Rawatan berkala esokShamsuri (berdiri, kiri) ketika menziarahi keluarga Zulbahari bersama Mohd Nasir (tiga, kanan) dan wakil KPRK , Kasut You dan Zeatty Scarf.
 1 / 1 
PASIR PUTEH - Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Cawangan Machang akan mengadakan rawatan berkala esok bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

Pengurusnya, Ustaz Shamsuri Shafie berkata, tempahan awal daripada orang ramai digalakkan untuk rawatan dari jam 9.30 pagi hingga 3 petang di Kampung Kuala Ayer Merah, Jalan Bukit Bakar itu.

Menurutnya, pusat rawatan tersebut akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di mana beliau dibantu beberapa petugas berpengalaman.

“Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 013-2898296 atau dengan melayari laman www.attobibi.blogspot.com,” katanya ketika menyertai program Ziarah Aidiladha Sinar Harian di Kampung Permatang Gading dekat sini, kelmarin.

Beliau bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah; Pengurus Cawangan Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor; Pengurus Zeatty Scarf Cawangan Kubang Kerian, Azurai Abd Fatah; wakil Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan (KPRK) Berhad, Moktar Yasin dan wakil Kasut You, Siti Masitah Abdullah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Zulbahari Ismail, 36.

Shamsuri berkata, selain menyediakan perkhidmatan rawatan Islam, At-Tobibi tidak lupa membantu golongan kurang bernasib baik.

“Kami mendekati dan memahami masalah sesetengah anggota masyarakat yang mungkin masalah mereka tidak mendapat perhatian pihak berkaitan dan kami berusaha membantu meringankan beban mereka,” katanya.

Sementara itu, Zulbahari berkata, dia yang mengalami retak tulang pinggul selepas terjatuh ketika berkerja di kebun Mac lalu tidak mampu berkerja untuk menyara isteri dan empat anak termasuk dua yang masih bersekolah.

Katanya, sejak peristiwa itu, dia terpaksa mengharapkan ihsan saudara mara kerana tidak mampu berjalan apatah lagi untuk berkerja.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu, saya juga berdoa agar sakit yang saya alami ini tidak berlarutan,” katanya.

Wednesday 16 October 2013

Rawatan Di Machang Kelantan...

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.

Alhamdulillah, kita baru sahaja menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban dan pihak At-Tobibi mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua, di hari yang penuh berbahagia ini pihak At-Tobibi memohon keampunan dan kemaafan.

Insya Allah, pada minggu ini, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan berkala di Machang, Kelantan. Rawatan adalah sepertimana berikut:

Tarikh  : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Cawangan Machang, Kelantan. (Kg. Kuala Ayer Merah, Jln Bukit Bakar, 18500 Machang, Kelantan)
Masa   : 9.30 pm - 3.00 pm

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad untuk setiap sesi.


Sekian Terima Kasih.

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"


Admin At-Tobibi

*sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wednesday 9 October 2013

RAWATAN DI NILAI

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya hingga ke saat ini masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di alam dunia ini. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat dan ummat Islam.

Alhamdulillah, terlebih dahulu pihak pengurusan At-Tobibi terutamanya Ustaz Dato' Shamsuri Safie menyampaikan Salam Aidil Adha kepada semua pesakit yang mendapat rawatan dengannya, atau mana-mana yang mengenalinya. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Insya Allah, pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan sebelum ummat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan seperti mana berikut:


Tarikh  : 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai Negeri Sembilan.
Masa   : 9.30 pm - 5.00 pm

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pada tarikh dan masa berkenaan, sila hubungi Ustaz Shamsuri Safie (013-9609268) atau Ustaz Rozlan Daud (019-4601205) atau Mohd Zainul Arifin (013-9433372) untuk membuat tempahan rawatan. Rawatan adalah terhad kepada 50 orang pesakit untuk setiap sesi rawatan sahaja.


Sekian Terima Kasih.

"Berbakti Untuk Kesejahteraan Ummah"


Admin At-Tobibi

*sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan masa rawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.