Jadual Rawatan

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2016
MASA : 10.00 AM - 2.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI BANDAR BARU NILAI NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : SETIAP HARI RABU
MASA : 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT : CAWANGAN SRI MANJUNG, PERAK.

TARIKH : 1 OKTOBER 2016
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT : TMN PSJ, SG. KARANG BESERAH, DI BELAKANG PASARAYA TMG, KUATAN, PAHANG.

TARIKH : 23 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AS-SOLIHEEN, TAMAN DESA SOLEHAH KAMPUNG MAK CHILI, KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 30 APRIL 2016
MASA : 9.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI NILAI NEGERI SEMBILAN.

Wednesday 29 February 2012

Penangguhan Tarikh Rawatan.

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali kami memohon maaf kepada semua yang telah membuat temu janji untuk mendapatkan sesi rawatan pada 3/3/12 (sabtu) di Pusat Rawatan Islam Nilai.

Untuk makluman semua, rawatan pada 3/3/12 (Sabtu) telah ditunda kepada tarikh 11/3/12 (Ahad) di Pusat Rawatan Islam At-Tobibi Nilai, Negeri Sembilan.

Penundaan tarikh secara tergesa-gesa ini adalah kerana Ustaz Shamsuri ada hal yang lebih penting dan tidak dapat dielakkan.

Sebarang perubahan berkenaan dengan tarikh dan tempat rawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa..

Harap maklum..

sekian terima kasih

Admin At-Tobibi.

Tuesday 21 February 2012

Rawatan Berikutnya.

Assalamualaikum wbt,

بسم  االله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat yang tidak terhitung daripada-Nya. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. ahli keluarga dan sahabat serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah dan insya Allah, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan terbuka (walk-in rawatan) seperti mana berikut :

TARIKH  : 03 Mac 2012
MASA     : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-T0BIBI Nilai, Negeri Sembilan

TARIKH  : 10 Mac 2012
MASA     : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-T0BIBI MANJUNG, PERAK

Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan, bolehlah membuat tempahan awal untuk rawatan (booking rawatan) kerana pihak At-Tobibi hanya menerima pesakit 100 terawal sahaja untuk setiap kali sesi rawatan. Tempahan rawatan boleh dibuat melalui sms atau emailkan maklumat anda seperti nama, alamat, no telefon, dan masalah yang dihadapi. Tempahan rawatan bukan bermaksud tempahan nombor giliran. Ini kerana nombor giliran anda akan dapat setelah anda datang mendaftarkan diri di pusat rawatan (first come first serve). 

Sehubungan dengan itu, pesakit yang ingin membuat susulan boleh juga datang terus ke pusat rawatan dengan membuat pendaftaran dan mengambil nombor giliran anda.

Sekian,
admin at-tobibi

Sunday 19 February 2012

Pramugari ditiduri hantu raya

Kosmo 19/02/2012
Oleh SYALMIZI HAMID




TINGKAP di bilik utama dipercayai menjadi laluan masuk hantu raya ke dalam rumah Keena.


CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.
Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.
Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Putus tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.


SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.



“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

KEENA bukan sahaja menderita disihir bahkan rumahnya diganggu hantu raya.


Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

SHAMSURI membaca ayat rukyah ketika proses menghalau makhluk halus itu.


Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

Monday 13 February 2012

Walk In Rawatan...

Assalamualaikum wbt,

بسم  االله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat yang tidak terhitung daripada-Nya. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. ahli keluarga dan sahabat serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah dan insya Allah, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan terbuka (walk-in rawatan) seperti mana berikut :

TARIKH  : 18 Febuari 2012
MASA     : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-T0BIBI MANJUNG, PERAK

Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan, bolehlah membuat tempahan awal untuk rawatan (booking rawatan) kerana pihak At-Tobibi hanya menerima pesakit 100 terawal sahaja. Tempahan rawatan boleh dibuat melalui sms atau emailkan maklumat anda seperti nama, alamat, no telefon, dan masalah yang dihadapi. Tempahan rawatan bukan bermaksud tempahan nombor giliran. Ini kerana nombor giliran anda akan dapat setelah anda datang mendaftarkan diri di pusat rawatan (first come first serve). 

Sehubungan dengan itu, pesakit yang ingin membuat susulan boleh juga datang terus ke pusat rawatan dengan mengambil nombor giliran anda.

Sekian,
admin at-tobibi

Thursday 9 February 2012

Penundaan Tarikh Rawatan

Assalamualaikum wbt,

بسم  االله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat yang tidak terhitung daripada-Nya. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. ahli keluarga dan sahabat serta seluruh ummat Islam.

Kami warga Pusat Rawatan Islam At-Tobibi memohon jutaan kemaafan di atas penundaan tarikh rawatan pada 11 Fen 2012 kepada tarikh sepertimana berikut :
Tarikh : 19 Feb 2012
Masa : 9.30 am - 5.00pm
Tempat : Pusat Rawatan Islam At-Tbbibi, Nilai, Negeri 9.
Kami memohon maaf atas berlakunya penundaan terikh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

sekian
Admin

Thursday 2 February 2012

Rawatan Terbuka (Walk-in rawatan)...

Assalamualaikum wbt,

بسم  االله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas nikmat yang tidak terhitung daripada-Nya. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. ahli keluarga dan sahabat serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah dan insya Allah, Pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan rawatan terbuka (walk-in rawatan) seperti mana berikut :

TARIKH  : 04 Febuari 2012
MASA     : 9.30 am - 5.00 pm
TEMPAT : PUSAT RAWATAN ISLAM AT-T0BIBI MANJUNG, PERAK

Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan, bolehlah membuat tempahan awal untuk rawatan (booking rawatan) kerana pihak At-Tobibi hanya menerima pesakit 100 terawal sahaja. Tempahan rawatan bukan bermaksud tempahan nombor giliran. Ini kerana nombor giliran anda akan dapat setelah anda datang mendaftarkan diri di pusat rawatan (first come first serve). 

Sehubungan dengan itu, pesakit yang ingin membuat susulan boleh juga datang terus ke pusat rawatan dengan mengambil nombor giliran anda.

Sekian,
admin at-tobibi

"anda berusaha, kami juga berusaha, Allah swt yang memberi kesembuhan..."

BORANG TEMPAHAN PRODUK AT-TOBIBI

Name:
Email Address:
Set Barangan
Kuantiti
Alamat Terkini/Surat Menyurat
No Telefon
Lain-lain makluman

Click here to create your own form.